GEGAR Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan
Dec 5, 2009 Kelantan

Sidang media pertama gegar yang diadakan di JKR 10 sebentar tadi.

Pengerusi bersama GEGAR Dr. Abdul Halim Yusof (Kelantan) dan Mohd Fauzi Abu Samah (Terengganu) sedang menjawab beberapa soalan dari wartawan di sidang media sebentar tadi.
Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat Kelantan (GEGAR) ditubuhkan pada 5 Disember 2009 yang mewakili Gabungan Badan Badan Bukan Kerajaan Negeri Kelantan (GABUNGAN) dan Majlis Pemuafakatan Rakyat Terangganu (MAMPAT) yang terdiri lebih daripada 50 buah badan bukan kerajaan (NGO)
GEGAR akan:
- Mengembelingkan semua pihak tanpa mengira sempadan Agama,politik dan bangsa bersama menuntut hak dan maruah rakyat dengan memberikan maklumat dan kesedaran melalui pelbagai cara.
- Mengadakan Konvensyen Rakyat: Royalti Petrolium Antara Hak Atau Ehsan? Di Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
- Mengambil tindakan-tindakan yang dirasakan berkesan,bersesuaian dan bertepatan mengikut keadaan dari masa ke semasa bagi mencapai matlamat di atas.
Dengan itu GEGAR mengesa Kerajaan Persekutuan agar memahami isi hati rakyat dan kehendak-kehendak Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan negeri-negeri bilamana mereka menyertai Persekutuan Tanah Melayu seterusnya Malaysia.
Mohd Hisyamuddin Ghazali
Setiausaha GEGAR
Incoming search terms for the article:
Tags: Abdul Halim, Abu Samah, Agama, Badan Bukan Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan Ngo, Ehsan, fauzi, Ghazali, Hak, Jkr, kerajaan negeri kelantan, Kerajaan Persekutuan, Maruah, perlembagaan persekutuan, persekutuan tanah melayu, Petrolium, setiausaha, Terangganu, Terengganu, Wartawan
Najib Altantuya: Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Nov 4, 2009 Najib
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.
Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.
Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.
Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, hari ini, kerajaan negeri kelantan, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, Khalid Samad, Kubang Kerian, Najib Altantuya, najib tun razak, perlembagaan, Rakyat Kelantan, Rantau Panjang, royalti, Runding, Salahuddin, Shah Alam
Kelantan dapat wang ehsan minyak
Nov 4, 2009 Kelantan
Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.
Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.
Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, bernama, Bilion, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, Hasil Pengeluaran, jabatan perangkaan, kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, najib tun razak, peratus, perdana menteri, Perundangan, Pesisir Pantai, Rakyat Kelantan, royalti, Selaras, Tahun Depan










