Advertise Here

Kejar Keberkatan Rezeki Halal

January 26, 2011 by  
Filed under Islam

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

ALLAH menjamin rezeki makhluknya. “Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).

Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari.

Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya. Read more

Awasi Unsur Syirik Jika Guna Kayu Koka

October 12, 2010 by  
Filed under Haron Din

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor Read more

Cinta Daripada Pandangan Imam Al-Syafie

May 13, 2010 by  
Filed under Islam

i_love_you__i_love_you_not____by_ohbradley

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia”. Read more

Slogan 1Malaysia Punah Dalamasa Kurang 24 Jam

January 10, 2010 by  
Filed under Anwar Ibrahim

DS 9JAN - 1 001_0001Parti Keadilan Rakyat kesal Umno-Barisan Nasional mewujudkan suasana tegang dan menyemai prasangka antara Muslimin dan Kristian melalui media massa.

Ketua Umum Anwar Ibrahim berkata liputan media arus perdana menuruti tunjuk perasaan tempoh hari memaparkan sikap konfrontasi pimpinan Umno-Barisan Nasional.

“Saya telah bersama pimpinan Parti Keadilan, PAS dan DAP membuat kenyataan mengutuk keras serangan itu. Pimpinan UMNO harus memikul tanggungjawab kerana mereka telah menggunakan media selama ini untuk menghasut rakyat benci kepada Kristian yang menuntut nama Allah digunakan,” tegas Anwar.

Beliau berkata, media milik UMNO-Barisan Nasional harus lebih berwaspada dalam melaporkan isu-isu keagamaan dan perkauman.

“Media yang membawa aliran, fahaman perkauman dan mendokong perasaan benci kepada kaum dan agama harus menjawab dan dipertanggungjawabkan,” tambahnya. Read more