Advertise Here

Anwar: Ketelusan Dalam Tadbir Urus Masih Menjadi Isu Utama

October 20, 2009 by  
Filed under Anwar Ibrahim

anwar-ibrahimLaporan Audit Negara tahun 2008 yang baru diperoleh oleh ahli parlimen menunjukkan kerajaan mungkin terpaksa menanggung beban sebahagian dari kerugian projek mega yang bernilai ribuan juta dana awam. Jabatan Audit Negara menganggarkan jumlah kerugian projek rel keretapi berkembar dari Rawang ke Ipoh berjumlah sekitar RM 1.14 billion.

Sehingga bulan Disember 2008 sebanyak RM 5.77 billion telah dibelanjakan untuk projek tersebut, bermaksud 32.9%(RM 1.43billion) lebih tinggi dari nilai sebenar, iaitu sekitar RM 4.34 billion.

Malahan Laporan tersebut mengakui bahawa kelemahan pengurusan yang mengakibatkan kerugian yang sebegini besar. Saya percaya perkataan yang tertera dalam Laporan Audit sedikit “diplomatik.” Sesungguhnya ada bukti jelas seumpama penangguhan dan memesan secara lebih bahan untuk projek tersebut sudah cukup buat kita menyiasat jika wujudnya sebarang penyelewengan. Read more