Advertise Here

K’jaan kaji caruman KWSP pekerja 11%

October 20, 2009 by  
Filed under General

Kerajaan bersedia mengkaji cadangan supaya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kembali kepada 11 peratus berkuatkuasa serta-merta sekiranya ia keputusan majoriti pekerja di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kalau perkara itu dikemukakan, kerajaan akan teliti. Apa yang penting untuk kebaikan kepada pekerja kerana potongan bukan dibuat daripada sumber lain tetapi daripada pendapatan dan gaji mereka, itu kita kena ambil kira… kerajaan akan timbang ikut kehendak majoriti,” katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, Muhyiddin bagaimanapun berkata setakat ini beliau tidak pasti sama ada cadangan itu telah dikemukakan secara rasmi kepada kerajaan atau tidak. Read more