Advertise Here

Hukum melantik wakil untuk ibadat korban

October 25, 2011 by  
Filed under Islam

Apabila seorang itu dilantik menguruskan qurban maka dia menjadi wakil kepada orang yang buat qurban, maka sepatutnya pekara di bawah ini hendaklah diketahwi oleh orang yang menguruskannya supaya memudahkan urusan.

Terkadang orang yang buat qurban hanya melantik wakil untuk menyembelih sahaja, tidak yang lain maka wakil tidak boleh melakukan perkara yang lain daripada yang disuruh.

Di sini saya nasihatkan kepada orang yang berkongsi/bersekutu tujuh orang supaya melantik seorang dari kalangan mereka atau orang lain menguruskan qurbam mereka dari segi pembelian lembu, mencari tukang sembelih, meniatkan qurban dan membahgikan daging, pengurus ini adalah wakil bagi mereka.

Adakah pengurus ini boleh melantik orang lain untuk melakukan apa yang diwakilkan kepadanya? Di bawah ini saya nyatakan hukumnya. Read more

Tipu Daya Syaitan Terhadap Manusia

April 24, 2010 by  
Filed under Islam

langit biru

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’ Read more