Muhammad In The Bible – Ahmed Deedat


  

hqdefault Video ini adalah sedutan Ahmad Deedat membicarakan tentang Nabi Muhammad di dalam bible. Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut di sini, anda boleh menonton sendiri video tersebut di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua dan menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap Islam. Insya Allah.

Siapakah Ahmed Deedat?
Inilah seorang hamba Allah yang telah berdepan secara langsung dengan para ahli teologi Kristian pada satu ketika dulu ( sehingga awal 90-an). Jimmy Sawggart, Dr. Anees Shoroos, Prof Floyd, dan ramai lagi adalah nama-nama ahli teologi Kristian yg pernah kecut perut bila berdebat dgn beliau dalam mengupas dan membandingkan asas agama Kristian dan Islam.

Incoming search terms for the article:

(Video) Pengakuan Eksklusif Isteri kedua Dr Rosli Allani

Nor IlyaniSebenarnya Dr Rosli sudah berkahwin secara sah untuk kali kedua di Selatan Thailand (Pettani) pada hari di mana Dr Rosli membuat pengumuman perletakan jawatannya iaitu pada 22 December 2009. Salinan surat nikah itu dan Semua dokumen berkaitan (kad nikah petani,salinan passport dan Border Pass) perkahwinannya di Pettani telahpun diserahkan kepada Ustaz Mustafa iaitu Peguam Syarie yang telah dilantik oleh Dr Rosli untuk didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.

Jadi tidak timbul Dr Rosli telah melanggar Perintah Mufarokoh (Tinggal Berasingan) yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu seperti yang didakwa oleh bapanya di dalam beberapa akhbar pada hari ini kerana perintah mufarokoh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu itu adalah berdasarkan permohonan pembatalan oleh bapa mertuanya terhadap perkahwinan Pertama (di Selangor) Dr Rosli dan anaknya.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

Jururawat kita berdepan 70 sebatan khalwat di Jeddah

KUALA LUMPUR: Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.

Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.

Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

“Umno kini busuk hingga ke ususnya” – Mahathir

DR MAHATHIR MOHAMADKUALA LUMPUR, 30 Nov: Ketika semua media menyuluh apa yang berlaku dalam PAS, Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana “Umno busuk hingga ke ususnya.”

“Umno busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi,” kata bekas pemimpin kanan Umno itu kepada Mahathir sebagaimana yang ditulis beliau dalam blognya.

“Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong Umno. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

” Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab Umno tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli Umno juga,” tulis Mahathir lagi.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article: