Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan
MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.
Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar. Read more
Jumlah Jutawan di Israel Meningkat

Pada hari Selasa yang lalu, firma perunding perniagaan Capgemini dan firma penasihat pengurusan kewangan Merrill Lynch telah mengumumkan bahawa bilangan jutawan Israel meningkat secara mendadak kepada 43% dalam tahun 2009, meskipun krisis ekonomi melanda dunia waktu itu. Pada masa yang sama, jumlah jutawan di seluruh dunia meningkat kepada 17%. Read more
Kebenaran Islam & Keajaiban Al-Quran
Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:

Dr Tariq Al-Suwaidan
Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran
Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24 Read more
Hadiah tahun baru, harga gula naik 20 sen
Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak mulai 12 tengah malam ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata, ia berikutan kenaikan harga gula mentah dunia.
Beliau mengumumkan kenaikan tersebut di di Putrajaya hari ini.
Menurutnya, kerajaan turut membuat keputusan tidak akan memberi subsidi bagi roti putih mulai esok dan barangan tersebut akan ditarik keluar dari skim kawalan harga.
Menurut laporan Bernama, Mohd Zain berkata kenaikan harga gula sebanyak 20 sen itu perlu berikutan kenaikan harga gula mentah dunia dan kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM1.008 bilion setahun dengan kadar subsidi sebanyak 80 sen sekilogram. Read more
(Gambar) Hukuman Rejam ke Atas Penzina Di Afgoye
MOGADISHU – Seorang lelaki yang didapati bersalah berzina di Somalia direjam sampai mati, lapor sebuah akhbar semalam.Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.
Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.
“Ini merupakan hari penghakiman,” kata Osman kepada orang ramai.
“Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku,” tambahnya.
Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir. Read more
Jururawat kita berdepan 70 sebatan khalwat di Jeddah
KUALA LUMPUR: Seorang jururawat warga Malaysia berusia 30-an berdepan hukuman sehingga 70 sebatan serta penjara selepas ditahan berkhalwat di sebuah rumah di Jeddah, Arab Saudi.
Pasangannya, seorang doktor juga rakyat Malaysia berusia 40-an, bagaimanapun melarikan diri meninggalkan kekasihnya, dipercayai menggunakan pasport palsu Indonesia untuk keluar dari Arab Saudi sebelum kes itu dibicarakan.
Kedua-duanya yang bertugas di sebuah hospital di Jeddah, ditahan bersama seorang lagi lelaki warga Malaysia yang menghadapi tuduhan bersubahat kerana tinggal di rumah sama. Read more
Tabloid Melayu kian popular, harian merosot
Dua harian berpengaruh bahasa Melayu mencatatkan penurunan jumlah edarannya tetapi tabloid terbitan syarikat media yang sama merekodkan kenaikan, sehingga 12 peratus setahun lalu.
Jumlah edaran Utusan Malaysia menurun sehingga 8 peratus kepada 181,346 naskhah, sementara Berita Harian pula merosot 5 peratus kepada 183,187 naskhah.
Kosmo! mengalami kenaikan tertinggi sebanyak 12 peratus kepada 129,663 naskhah, manakala Harian Metro naik 4 peratus kepada 338,552 naskhah.
Kosmo! dan Harian Metro masing-masing berada satu bumbung dengan Utusan Malaysia dan Berita Harian.
Laporan audit pengedaran itu – bagi tempoh 1 Julai tahun lalu hingga 30 Jun lalu – bagaimanapun menunjukkan edaran akhbar-akhbar berbahasa Malaysia mencatatkan kenaikan kecil berbanding akhbar-akhbar berbahasa Cina dan Inggeris yang mencatat penurunan. Read more
Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS
Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.
Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.
Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.
“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.
Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”. Read more





















