Aduan polis isu RM10 juta milik MB Negeri Sembilan


  

mohamad hassan negeri sembilanWalaupun menteri besar Negeri Sembilan sedang disiasat Bank Negara berhubung dakwaan pemindahan wang RM10 juta ke luar negara, ia tidak menghalang satu aduan polis isu yang sama dibuat lagi di Bukit Aman.

Datuk Seri Mohamad Hassan, dikaitkan dengan kegiatan itu, apabila bank pusat Malaysia membatalkan 20 lesen perniagaan pengurup wang hujung Oktober lalu.

Beliau didakwa memindahkan wang tersebut pada Mac tahun lalu melalui syarikat Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd.

Bank Negara menyatakan syarikat pengurup wang itu melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya dibatalkan pada 26 Oktober lalu.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membawa perkara tersebut ke ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman pagi tadi bersama dua lagi isu.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article: