Advertise Here

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

February 14, 2011 by  
Filed under Islam

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.” Read more

Kelebihan Tadarrus al-Quran di Bulan Ramadhan

August 23, 2010 by  
Filed under Islam

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI

tadarus-al-quranGambar ihsan dari http://KaryaWan.org

BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.

Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan. Read more

Padang Golf Baik untuk Pendaratan Helikopter Singapura

December 31, 2009 by  
Filed under General

padang golf1. Sebenarnya sudah lama saya hendak dedahkan isu ini tetapi macam tak berminat pasal fakta agak lemah walaupun saya memperolehinya dari seorang pegawai tentera sehinggalah blog Belia Watan Waja mendedahkan isu summer camp Singapura di Terengganu.

Untuk melihat entry Summer Camp itu, bolehlah melawat entry ini di blog Belia Watan Waja pada pautan http://pb2w.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

2. Bukan apa saya bimbang orang kata yang kita ni “Paranoid”, tetapi selepas di fikir semasak-masaknya, tidak salah kalau saya ulas isu ini.

3. Betul atau tidak saya serahkan kepada pembaca untuk menilainya. JADI PIKIRLAH SENDIRI. Read more

[EKSKLUSIF] Video YB Tian Chua dihentak di kepala oleh pegawai Polis

November 1, 2009 by  
Filed under Skandal

Kebanyakan saksi secara nyata menyaksikan Tian Chua di pukul dihentam pada kepala semasa dipegang oleh pegawai polis, kecuali konstabel Rosyaidi yang mendakwa dirinya digigit Tian Chua, sedangkan tidak ada saksi mahupun rakaman yang mengesahkan tuduhan tersebut.