Pemakaian Cincin Mengikut Islam

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
- 1] jari manis
- 2] jari kelingking (anak jari)
Pemegang amanah antara kewajipan dan tuntutan
DEWASA ini ramai tahu mengenai jawatan pemegang amanah tetapi kurang faham peranan, fungsi dan tanggungjawabnya. Ramai berlumba-lumba merebut jawatan itu namun, adakah mereka mengetahui kewajipan perlu dipikul.
Ini kerana melaksanakan amanah bukan perkara mudah dan adakala mereka yang memegang tanggungjawab itu berdepan pelbagai kesukaran untuk memenuhi kehendak diamanahkan. Malah, ada yang lupa untuk menunaikan amanah. Read more
Kelebihan Tadarrus al-Quran di Bulan Ramadhan
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL BAKRI
Gambar ihsan dari http://KaryaWan.org
BULAN Ramadan mengingatkan kita dengan turunnya wahyu yang pertama (al-’Alaq: 1-5) yang bermaksud: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.
Dengan sebab itu digalakkan membaca al-Quran terutamanya pada bulan Ramadan. Ini kerana al-Quran digandingkan dengan puasa dan juga bulan Ramadan. Read more
Tips Untuk Jadi Orang Cemerlang
August 16, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Orang cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah. Read more
Mengapa Wanita Menangis?
May 12, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah

‘Mengapa wanita menangis?’ Ini adalah persoalan yang amat menarik bagi saya yang berjaya dirungkai kan oleh Dato’ Dr. Haji Fadzilah Kamsah dalam sebuah rancangan TV. Saya ingin berkongsi dan highlightkan beberapa informasi yang diperkatakan oleh beliau.
Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyababkan dia menangis dan tertawa bila ia mampu. Wanita juga adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita maka bermalamlah dalam kegelapan. Read more
Doa malaikat, pahala besar buat jemaah bersolat di saf depan
Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.
Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama. Read more





















