Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 2010 General
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.
Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.
Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.
Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.
Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.
Read the rest of this entry »
Tags: Bekas, Desa Melawati, Jabatan Bomba, katanya, Katholik, Kawalan Keselamatan, Kebakaran Di Rumah, Kelang, kira kira, Minyak Tanah, Motosikal, Pakar Forensik, pemimpin, Penerbitan, Petaling Jaya, Punca Kebakaran, Rumah Ibadat, Saksi, Sembahyang, Yeow
Koroner benar mayat Teoh digali semula
Nov 4, 2009 General
Mahkamah koroner Shah Alam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.
Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Read the rest of this entry »
Tags: Amat, Azman, Bedah Siasat, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Gobind Singh Deo, hari ini, kerajaan negeri selangor, Khairul, Naresh, Pakar Forensik, Peguam, pencegahan rasuah, peratus, Plaza Masalam Shah Alam, pornthip, Prashant, rasuah malaysia, Segi, sprm, Universiti Perubatan










