Pengajaran sebalik kontroversi azan
ISU bantahan peguam yang menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai membantah laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah dianggap selesai apabila kelmarin, peguam terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.
Tindakan peguam berkenaan mendapat bantahan seluruh umat Islam, maka wajarlah permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini.
Azan, syiar Islam yang bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah seperti disebut dalam hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar semasa orang Islam mula sampai di Madinah dan berkumpul menunggu menunaikan solat tetapi tiada yang menyeru untuk bersembahyang. Read more
Kes Bunuh Sosilawati: Polis Geledah Firma Guaman Milik Datuk K. Patmanaban
September 14, 2010 by wizvax
Filed under Local News

BANTING: Polis hari ini menggeledah pejabat firma guaman milik peguam Datuk K. Patmanaban di sini bagi mencari bukti penglibatannya dengan kes penipuan hingga membawa kepada pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain.
Sepasukan polis dilihat tiba di pekarangan firma guaman, yang terletak di Jalan Kemboja 33, Off Jalan Sultan Alam Shah di sini kira-kira 10.45 pagi, namun beredar lima minit kemudian apabila gagal membuka pintu pejabat berikutan kunci yang tidak sesuai. Read more
Najib Akan Disiasat Oleh Polis Perancis?
Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.
Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan. Read more
RM800 juta: Kelantan warisi kes zaman Umno/BN
KOTA BARU, Dis 31: Kerajaan negeri Kelantan terpaksa menghadapi dilema membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan apabila mewarisi keputusan pentadbiran Umno-BN sejak 35 tahun lalu.
Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata masalah itu berpunca daripada pembatalan projek pada tahun 1975.
Bagaimanapun, Husam berkata, kerajaan negeri akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.
Mahkamah Tinggi Kota Baru semalam mengarah kerajaan negeri membayar gantirugi sebanyak RM800 juta kepada syarikat pembalakan Timbermine Sdn Bhd kerana melanggar syarat perjanjian mereka.
Ia merupa kes pampasan terbesar yang pernah dicatatkan dalam kes saman sivil di negara ini. Read more
Lelaki tuntut RM1 juta kerana putus tunang
Gara-gara putus tunang, seorang pengarah urusan sebuah syarikat komunikasi dan teknologi maklumat mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam bagi menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada seorang wanita yang memutuskan pertunangan mereka pada April tahun lepas.
Mohamad Fahizul Khairi, 53, yang berasal dari Bandar Utama, Petaling Jaya, diwakili peguam Azmi Rais, sementara bekas tunangnya iaitu defendan Nor Daliya Mohd Daud, 34, seorang pegawai bank, diwakili peguam Mohamad Isa Abd Ralip.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Fahizul antara lain mendakwa mereka telah mengikat tali pertunangan pada 6 Dis 2007 setelah tempoh edah Nor Daliya yang telah bercerai dengan bekas suaminya berakhir. Read more
Koroner benar mayat Teoh digali semula
Mahkamah koroner Shah Alam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.
Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Read more






















