Hukum melantik wakil untuk ibadat korban
Apabila seorang itu dilantik menguruskan qurban maka dia menjadi wakil kepada orang yang buat qurban, maka sepatutnya pekara di bawah ini hendaklah diketahwi oleh orang yang menguruskannya supaya memudahkan urusan.
Terkadang orang yang buat qurban hanya melantik wakil untuk menyembelih sahaja, tidak yang lain maka wakil tidak boleh melakukan perkara yang lain daripada yang disuruh.
Di sini saya nasihatkan kepada orang yang berkongsi/bersekutu tujuh orang supaya melantik seorang dari kalangan mereka atau orang lain menguruskan qurbam mereka dari segi pembelian lembu, mencari tukang sembelih, meniatkan qurban dan membahgikan daging, pengurus ini adalah wakil bagi mereka.
Adakah pengurus ini boleh melantik orang lain untuk melakukan apa yang diwakilkan kepadanya? Di bawah ini saya nyatakan hukumnya. Read more
(Video) Pengakuan Eksklusif Isteri kedua Dr Rosli Allani
Sebenarnya Dr Rosli sudah berkahwin secara sah untuk kali kedua di Selatan Thailand (Pettani) pada hari di mana Dr Rosli membuat pengumuman perletakan jawatannya iaitu pada 22 December 2009. Salinan surat nikah itu dan Semua dokumen berkaitan (kad nikah petani,salinan passport dan Border Pass) perkahwinannya di Pettani telahpun diserahkan kepada Ustaz Mustafa iaitu Peguam Syarie yang telah dilantik oleh Dr Rosli untuk didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan.
Jadi tidak timbul Dr Rosli telah melanggar Perintah Mufarokoh (Tinggal Berasingan) yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu seperti yang didakwa oleh bapanya di dalam beberapa akhbar pada hari ini kerana perintah mufarokoh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu itu adalah berdasarkan permohonan pembatalan oleh bapa mertuanya terhadap perkahwinan Pertama (di Selangor) Dr Rosli dan anaknya. Read more
Tindakan terhadap Ahli Parlimen BN yang gagal hadir sidang: PM
COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.
Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.
“Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi. Read more






















