Gagal hayati agama punca merebaknya zina
Keluarga, masyarakat sepatutnya mainkan peranan penting halang remaja lelaki, perempuan bersosial keterlaluan
REMAJA hamil, bersalin seorang diri dan membunuh anak kandungnya tidak begitu mengejutkan lagi. Tugas pihak berkuasa pula menahan ‘ibu’ itu dan memungut bahan bukti. Hasil siasatan pula selalunya memihak kepada apa yang disyaki. Malangnya, si ‘bapa’ selalunya terlepas daripada buruan hukuman dan umpat keji. Beberapa tahun dulu, situasi begini amat asing sekali di sini. Ia hanya menjadi berita dari luar negara, walaupun tetap mengundang marah dan belas, ia tidak seperti apabila jenayah ini dilakukan di negara ini.
Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan, yang balasannya juga nyawa, mengikut hukum Tuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 33 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” Namun hari ini, bayi yang masih bertali pusat dipungut bagai mengutip sampah-sarap di tepi jalan. Ada yang dihurung semut dan serangga, tidak kurang pula yang menjadi makanan binatang liar. Read more
Apabila suami jadi surirumah
SUAMI sebagai nakhoda rumah tangga wajib mencari nafkah serta menyediakan keperluan terbaik buat keluarganya.
Isteri pula bertanggungjawab membantu suami menjaga anak-anak, makan minum, mengemas rumah dan kerukunan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkembangan terkini menyaksikan ramai lelaki (suami) tinggal di rumah manakala isteri mereka mencari nafkah di luar. Read more
Serangan rejim Israel buka mata pemimpin umat Islam
June 5, 2010 by wizvax
Filed under Haji Hadi, Local News

MARANG, 5 Jun: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sejak tragedi serangan ganas komando rejim Israel terhadap sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan Gaza Isnin lalu telah berjaya membuka mata pemimpin-pemimpin orang Islam.
“Alhamdulillah, tanda-tanda yang menunjukkan negara orang Islam mula hendak sedar dan insaf. Mudah-mudahan, Allah SWT akan memberi taufik dan hidayah kepada pemimpin-pemimpin orang Islam supaya balik ke pangkal jalan,” ujarnya ketika merasmikan Kembara Tarbawi 4WD Ke Blok 6 Air Putih, Kemaman di Rusila, semalam. Read more
KJ: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Itu?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini tidak mahu diheret dalam kancah serangan peribadi yang membabitkan beberapa pemimpin didakwa minum arak.Mangsa pertama yang diserang adalah calon PKR bagi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim. Bekas menteri itu kemudiannya terpaksa akur dan membuat pengakuan dia memang terjebak ketika muda dulu.Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda.
Semalam, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mencabar Umno dan menteri-menteri kabinet beragama Islam untuk tampil membuat pengakuan bahawa mereka tidak pernah meminum alkohol, khususnya semasa muda. Read more
Gereja hangus dibaling bom petrol
Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.
Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.
Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.
Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.
Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62. Read more
Khairy gigit jari lagi
KUALA LUMPUR, 31 Dis: Selepas disebut-sebut bakal menyertai kabinet, nampaknya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin terpaksa menggigit jari apabila Perdana Menteri mengumumkan, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman Abdul Rahman Taib yang meletakkan jawatan.
Datuk Seri Najib Razak dalam kenyataannya di Kuching berkata, pemimpin dari Sarawak akan menggantikan Sulaiman sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.
“Ya dari Sarawak. Kita sudah ada nama tetapi tidak boleh diumumkan lagi,” kata Najib selepas merasmikan mesyuarat agung Sarawak Progressive Democratic Party’s (SPDP) di Dewan Suarah 29 Disember lalu.
Sulaiman, 41, yang juga Timbalan Ketua Pemuda, Parti Pesaka Bumiputera (PBB) telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan pada 19 Mac 2008 lalu semasa Tun Abdullah masih Perdana Menteri.
Beliau kemudiannya dikekal dalam kabinet apabila Najib ambilalih jawatan PM pada April lalu.
Pada 4 Disember lalu, Sulaiman mengumumkan, dia telah meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri dengan alasa peribadi. Read more
Kelantan Sahut Cabaran Bawa Isu Royalti Minyak Ke Mahkamah
KOTA BAHARU: Kerajaan PAS Kelantan sedia menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, supaya mengemukakan isu tuntutan royalti minyak dan gas ke mahkamah.
Menteri Besarnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau sudah lama bercadang untuk membawa isu itu ke mahkamah, jika tuntutan royalti minyak itu gagal diselesaikan secara rundingan.
“Bukan dia (Mohamed Nazri) saja nak, kita pun nak,” kata Mursyidul Am PAS itu pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamed Nazri supaya Kelantan mengemukakan tuntutan itu di mahkamah berbanding usaha retorik Nik Aziz berdoa yang bukanbukan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kerajaan Pusat. Read more
Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin
December 7, 2009 by wizvax
Filed under Zaid Ibrahim
Pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim hari ini menyaman penulis blog popular Datuk A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai “pengacau” dalam parti itu, Oktober lalu.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menuntut bekas tokoh media itu membayar ganti rugi dan memohon maaf kepadanya berhubung artikel ‘Zaid, the Hurricane Hattie of PR’ di blognya pada 21 Oktober lalu.
Dalam samannya, Zaid (kiri) juga memohon injunksi menghalang Kadir atau ejennya mengulas lanjut isu tersebut.
Kadir memaklumkan kepada pembaca blognya The Scribe dalam artikel terbarunya petang ini agar pemberi komen tidak menyentuh isu tersebut yang menjadi pertikaian antara mereka berdua.
“Oleh sebab kes ini adalah kes mahkamah, maka saya tidak akan menyiarkan sebarang komen yang menyentuh atau memberi kesan kepada saman Zaid itu. Read more
Himpunan sokong Nik Aziz, signal rakyat Kelantan buat Umno
KOTA BHARU, 5 Dis: Perhimpunan lebih 10,000 penyokong Mursyidul Am PAS Tok Guru Datuki Nik Abdul Aziz Nik Mat dari pelbagai kaum dan lapisan masyarakat Kelantan yang berlangsung di Medan Ilmu di sini pagi ini merupakan satu signal ditunjukkan rakyat negeri ini kepada Umno-BN.
Rakyat di negeri ini mahu menunjukkan bahawa selagi Nik Abdul Aziz Nik menerajui kepimpinan dan pemerintahan negeri Kelantan maka selagi itulah Umno tidak boleh menawan negeri ini .
Exco Dewan Pemuda PAS Negeri (DPPNK) Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berkata momentum itu perlu diteruskan dalam usaha melebarkan kebangkitan ini ke seluruh Malaysia.
“Momentum ini perlu diteruskan terutama ketika seluruh struktur organisasi politik Umno dan Barisan Nasional (BN) kini sedang menghadapi keruntuhan apabila berlaku kemelut dalam parti komponen BN seperti MCA, MIC dan PPP,” katanya kepada media ketika ditemui pada perhimpunan rakyat di Medan Ilmu di sini semalam. Read more
Royalti: Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.
Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.
Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.
“Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan. Read more
Royalti minyak: Nik Aziz pertahan isu doa
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.
Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sanggup berhadapan dengan ulama yang membidas serta mengkritik kenyataannya itu dan mengingatkan beliau bahawa perbuatan sedemikian adalah haram di sisi Islam.
Jumaat lepas, Nik Abdul Aziz berkata beliau akan berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan, yang disifatkan sebagai sesuatu yang tidak betul.
Menteri Besar Kelantan itu turut menjelaskan kenyataannya itu. Read more
Laporan letak jawatan, provokasi ‘mematikan’ Husam
KUALA LUMPUR, 23 Nov: Exco Kelantan, Datuk Husam Musa percaya usaha ‘mematikan’ karier politik beliau belum berakhir apabila beberapa laporan yang bersifat provokatif terhadap beliau disiar di muka depan beberapa media pro Umno semalam.
Ianya berkaitan desas desus bahawa beliau mahu meletak jawatan ekoran beberapa krisis yang sedang melanda negeri itu.
“Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
“Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.
“Agenda ‘mematikan’ saya nampaknya belum berakhir, tulisnya dalam blog http://cetusan-hati.blogspot.com.
Semalam, Utusan melalui Mingguan Malaysia melaporkan Husam mahu melepaskan jawatan dalam kerajaan mahupun dalam parti.
Akhbar itu yang turut memetik beberapa sumber melaporkan, Husam telah menghantar surat meletak jawatan kepada Menteri Besar Kelantan, minggu lalu namun tidak dipersetujui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz. Read more
(Video) Pengkhianat Jemaah Islam PAS pada tahun 2009
Ini adalah satu bahan sejarah penting. Perihal 2 individu pengkhianat jemaah Islam PAS pada tahun 2009. Mereka ialah Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS. Dan satu lagi ialah Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor.
1. Melanggar arahan Presiden PAS yang mengarahkan pemimpin PAS tidak menggunakan bloggers mendedahkan masalah dalaman parti. Dan Presiden PAS, Hadi Awang tetap menyapu di bawah karpet.
2. Mendedahkan satu rahsia parti, yakni baiah taklik talak 3 yang menyebabkan kerosakan besar terhadap jemaah Islam PAS. Dan Presiden PAS, Hadi Awang tetap menyapu di bawah karpet.
Data Dr Abu Hasan Kenalpasti Kelemahan PAS
Data yang dikeluarkan Dr Abu Hasan Hasbullah,salah seorang panel dalam seminar politik Pas,menerusi kajiannya benar benar mengejutkan.
Beliau yang mengkaji pola demografi keadaan politik Pas menjelang PRU13 jelas menunjukkan satu usaha pembaharuan perlu dilakukan sekiranya Pas mahu mengekalkan kerusi sedia ada.
Data yang diperolehi merangkumi setiap lapisan masyarakat di seluruh Negara bagi mengkaji kestabilan politik Pas selepas pilihanraya yang lalu.
“Sudah tiba masanya masayarakat di Negara ini tanpa mengira destinasi politik masing masing untuk membincangkan nasib nasib masyarat di Malaysia”,katanya.
Beliau turut menambah “Anggaplah penyelidikan saya ini satu pandangan membina.Saya setuju bahawa 1bentuk pemilihan, pembentukkan gerakan, pembangunan jentera bagi memastikan cita-cita Pas tercapai”. Read more
Dr Abu Hassan: Tolak persepsi adalah primitif
KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.
Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.
Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.
Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu. Read more
Zaid: Saya Komited Dengan PR
October 20, 2009 by wizvax
Filed under Zaid Ibrahim
Datuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.
Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.
“Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini,” kata Zaid.
“Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat,” tambah beliau.
Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat “satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan.” Read more























