Advertise Here

Jakim lancar ‘anti hari Valentine’ esok

February 10, 2011 by  
Filed under Islam

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom mengingatkan Pemuda PAS supaya tidak mencetuskan pergaduhan ekoran hasratnya mahu memantau sambutan hari kekasih beberapa hari lagi.

“Yang itu kita kena tahu nak buat macam mana, nak pergi kawal macam mana. Sat lagi pi berkatok, bergaduh dengan orang, (jadi kes) polis pula…

“Jadi dah jadi langgar peraturan,” katanya ketika ditanya sama ada beliau menyokong cadangan Pemuda PAS itu.
Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan sebelum ini dilaporkan berkata, pihak berkuasa tempatan di negeri Pakatan Rakyat diarah bekerjasama dengan polis dan rela bagi menghadapi hari kekasih. Read more

Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga

December 17, 2010 by  
Filed under Islam

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).

Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia. Read more

4 Sebab Sembunyi Lailatul Qadar

September 1, 2010 by  
Filed under Islam

lailatul_qadar

Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan. Read more

Mudahnya Mengeluh, Sukarnya Bersyukur

June 19, 2010 by  
Filed under Islam

syukur.jpgBegitu mudah sekali melontarkan keluhan. Keluhan demi keluhan keluar dari bibir tanpa disedari. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang remeh. Kita mengeluh atas perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kita mengeluh dan asyik mengeluh. Andai dapat ditukar setiap bait keluhan itu kepada wang ringgit, pasti terbasmi kemiskinan di muka bumi. Namun hairan, Kita mengeluh tatkala kita ditimbuni dengan pelbagai kesenangan.

Kita mengeluh kerana makanan kegemaran tidak disediakan, sedangkan perut semakin memboyot kekenyangan. Kita mengeluh kerana kepanasan, sedangkan angin semula jadi disediakan tanpa bayaran. Kita mengeluh atas sekelumit kekurangan, sedangkan kelebihan sebanyak buih dilautan dibiarkan. Read more

TGNA halang Umno hidup semula di Semenanjung

December 3, 2009 by  
Filed under Kelantan, TGNA

tokguruSeluruh jentera UMNO diarahkan untuk menjatuhkan Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) kerana dianggap sebagai penghalang kepada BN untuk bukan sahaja menawan Kelantan tetapi adalah sebagai dalang akan kemaraan Umno di Semenanjung.

TGNA yang tegas dan tahu niat jahat Umno walaupun cuba berpura-pura untuk berbaik-baik dengan Tok Guru. Selagi ada TGNA selagi itulah BN buntu.

TGNA paling digerun oleh musuh kerana doanya selalu ‘diperkenankan’. Lihat sahaja PRU12 yang lalu Tok Guru bersama 30,000 solat hajat dan bermunajat berdoa distadium Kota Baru dengan mengalirkan air mata didalam hujan renyai-renyai telah ‘dimakbulkan’ dan jika sekiranya solat hajat dan doa diadakan lagi di stadium bersama 30 ribu umat islam tidak tahulah apa kesudahannya. Read more

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat Serah Rakaman P. Bala ke SPRM

December 2, 2009 by  
Filed under Najib

bala-altantuya-najib-razakAngkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul. Read more

(Gambar) Ratusan demo bantah Nik Aziz isu doa laknat

December 1, 2009 by  
Filed under Kelantan

011220091320Beratus-ratus penduduk Kelantan mengadakan bantahan terhadap Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung hasratnya untuk berdoa memburukkan perdana menteri dan Umno.

Mereka berkumpul kira-kira setengah sejam bermula 10 pagi tadi di depan kompleks pentadbiran negeri Kota Darul Naim, yang menempatkan pejabat menteri besar, untuk menyerahkan memorandum kepada setiausaha pemimpin PAS itu Anual Bakhri Haron.

Memorandum itu mendesak Nik Abdul Aziz memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Razak dan juga menggesa mursyidul am PAS meletakkan jawatannya.

Dikepalai timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa, kumpulan penunjuk perasaan itu melaungkan desakan agar Nik Abdul Aziz melepaskan jawatan menteri besar, selain kain rentang yang membuat tuntutan yang sama. Read more

Dr Abu Hassan: Tolak persepsi adalah primitif

November 7, 2009 by  
Filed under PAS

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.

Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.

Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari ini.

Abu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu. Read more

Haron Din selamat jalani pembedahan kecil di IJN

October 18, 2009 by  
Filed under Haron Din, PAS

harondinwadKUALA LUMPUR, 18 Okt: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din selamat menjalani pembedahan kecil di Institut Jantung Negara dan kembali pulih.

Beliau dijangka akan keluar dari IJN pagi esok selepas membuat pembedahan itu.

Petang tadi, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi bersama Setiausaha Pemuda, Kamaruzaman Mohamad dan Exco Pemuda, Adram Yusof menziarahi beliau di IJN.

Haron kelihatan ceria sambil menunjukkan bekas jahitan pembedahannya kepada mereka bertiga.

Hari ini juga ramai para pemimpin PAS menziarahi beliau kerana hampir kesemua mereka berkumpul untuk menyertai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pagi tadi dan pada sebelah petangnya majlis rumah terbuka PAS.

Haron dimasukkan ke IJN minggu lalu untuk persiapan pembedahan ini.

Harakahdaily

Ustaz Nasrudin: Pas Mahu Suhakam Siasat Sistem Undi Pos

October 18, 2009 by  
Filed under PAS

Pas akan menyerahkan laporan kepincangan undi pos Pilihanraya Kecil N31 Bagan Pinang ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam).

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat,Ustaz Nasrudin Hj Hasan At-Tantawi berkata Pas mendapati adanya manipulasi undi pos di Bagan Pinang lantas mahu Suhakam mengadakan inkuiri menyiasat kepincangan itu. Read more