Harga Diesel dan Petrol Dijangka Akan Turut Naik
Jan 3, 2010 PKR
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjangkakan harga diesel dan petrol di negara ini akan dinaikkan sekaligus menambah beban yang ditanggung rakyat selepas menghadapi kenaikan harga gula dan roti semalam.
Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, jangkaan itu dibuat selepas Pengerusi Petronas, Hassan Marican memberi jaminan bahawa Petronas akan tetap membayar dividen RM30 billion kepada kerajaan.
Jaminan itu dibuat walaupun Petronas sebelum ini mencatatkan keuntungan yang lemah. Memberi amaran bahawa ‘komitmen’ sebegini boleh memberi tekanan keatas pendapatan pengeluar minyak nasional itu.
“Kita bimbang Petronas kata begitu, apabila harga minyak jatuh atau naik di pasaran dunia ia akan naikan harga minyak kepada rakyat. Mereka naikan harga di pam dan rakyat perlu bayar lebih kerana hendak jamin memberi kerajaan,”katanya.
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: ahli parlimen, Amaran, Azan, belanjawan, Bimbang, Dividen, Harga Minyak, Indera Mahkota, Kenaikan Harga Gula, Kocek, komitmen, Lemah, Modal Insan, Naikan, parti keadilan rakyat, Pendapatan Negara, Pengerusi Petronas, Pengguna, Petronas, Tekanan
Royalti: Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan
Nov 30, 2009 UMNO
KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.
Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.
Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat.
“Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.Nanti saya beri penjelasan.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, Bekas, ceramah, Dewasa, gua musang, Hangat, Kaukus, Kelantan, ku li, mana mana, Naib Presiden Umno, Pakatan, parti politik, pemimpin, Pengerusi Petronas, Pertanyaan, Pertemuan, royalti, tan sri muhyiddin yassin, tengku razaleigh hamzah










