Jagalah Hati Pasangan Anda
September 27, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.
Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya.
Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain. Read more
8C Sebab Suami Benci Isteri
May 17, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa, alpa dan lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & anak anak; keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata… Read more
63 Petua Keluarga Bahagia
May 6, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah
Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.
Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.
Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.
Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.
Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga. Read more
Di dada Karpal Singh ada ‘bulan’ – Nik Aziz
SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ‘di dada Karpal Singh ada bulan’, merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.
Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.
Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan ‘Tok Guru Abdul Hadi’.
Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup. Read more
Selangor Tingkatkan Langkah Keselamatan Tarik Pelabur Asing
October 19, 2009 by wizvax
Filed under Khalid Ibrahim
Kerajaan negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi langkah kawalan keselamatan di sekitar negeri itu bagi menarik lebih ramai lagi pelabur dari luar untuk melabur di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mempertingkatkan langkah keselamatan tersebut dengan memperkasakannya melalui belanjawan 2010.
“Saya juga telah menerima banyak cadangan dan juga pemerhatian mereka antara yang dinyatakan ialah mengenai isu keselamatan di negeri Selangor.
“Saya telah membuat kenyataan dalam belanjawan 2010, kita telah mengumumkan beberapa peruntukan supaya kita dapat menumpukan usaha mengurangkan keadaan pencurian dan beberapa perkara yang berlaku yang memberi kesan terhadap keselamatan dapat dikurangkan,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri melihat beberapa cadangan yang diterima supaya mengadakan perhubungan dua hala antara negeri-negeri Selangor dengan negara-negara yang menguruskan pelaburan di negeri Selangor. Read more





















