Najib Altantuya: Kelantan akan dapat wang ehsan sahaja
Nov 4, 2009 Najib
KUALA LUMPUR, 4 Nov: Ekoran pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan pusat akan memberikan wang ehsan sahaja kepada rakyat Kelantan dan bukannya royalti, Dewan Rakyat menjadi kecoh hari ini.
Ia bermula apabila ahli Parlimen Kubang Kerian Salahuddin Ayub meminta Najib menjelaskan bilakah tuntutan royalti kerajaan negeri Kelantan akan dilangsaikan oleh Petronas.
Menjawab soalan itu, Najib menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang mempertimbang untuk memberikan wang ehsan langsung kepada rakyat Kelantan.
Dewan menjadi kecoh dengan njawapan yang diberikan Najib itu kerana ia dianggap menipu dan menafikan hak rakyat Kelantan.
Beberapa ahli Parlimen bangun lalu menegaskan bahawa persoalan royalti itu adalah penting untuk rakyat Kelantan.
Read the rest of this entry »
Tags: ahli parlimen, datuk seri najib, datuk seri najib tun razak, Dewan Rakyat, Ehsan, hari ini, kerajaan negeri kelantan, Kerajaan Persekutuan, kerajaan pusat, Khalid Samad, Kubang Kerian, Najib Altantuya, najib tun razak, perlembagaan, Rakyat Kelantan, Rantau Panjang, royalti, Runding, Salahuddin, Shah Alam
Dua haluan PAS kuatkan bukan Islam
Oct 20, 2009 PAS
Jawatankuasa pusat PAS masih beriltizam untuk menaikkan taraf kelab penyokong bukan Islam sebagai sayap parti bertaraf dewan walaupun ada pandangan yang tidak bersetuju dengannya.
Komitmen itu disuarakan “secara umum” oleh anggota-anggota jawatankuasa itu dalam mesyuarat hujung minggu di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur, kata Ketua Pemuda PAS.
“PAS pusat (masih) menunggu draf cadangan menjadikan Kelab Penyokong PAS (KPP) menjadi sayap parti sebelum keputusan rasmi dibuat, sama ada melibatkan pindaan perlembagaan atau penambahan peraturan kecil (dalam perlembagaan),” kata Nasrudin Hassan ketika dihubungi hari ini.
Read the rest of this entry »
Incoming search terms for the article:
Tags: Abdul Hadi Awang, datuk seri, Hadi Awang, hari ini, Hashim Jasin, iltizam, itu, Jawatankuasa, komitmen, KPP, KUALA LUMPUR, Malaysiakini, mesyuarat, nasrudin, parti, PAS, perlembagaan, pindaan perlembagaan, pusat, sayap, Seri, taraf, tidak, yang
Anwar Ibrahim: Media Arus Perdana Putar Belit Isu Zaid
Oct 18, 2009 Anwar Ibrahim
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata media massa arus perdana telah memutarbelitkan cuti enam bulan yang diambil oleh Zaid Ibrahim dari tugas-tugasnya di dalam biro politik parti.
Anwar berkata beberapa perkara mengenai program di Sabah yang dikaitkan dengan Zaid turut diselesaikan tanpa masalah.
Anwar berkata demikian selepas menghaidiri majlis Sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Keadilan Wilayah Persekutuan.
“Benda ini tidak berbangkit kerana dia baru telefon saya dari Sarawak bersama Presiden ada program parti. Kemudian dia hendak bercuti menunaikan haji. Program di Sabah itu kerana dianjurkan oleh cabang tanpa negeri. Dua hari lalu negeri bermesyuarat dan mengesahkan sebagai program negeri jadi selesai,” katanya.
Read the rest of this entry »
Tags: ada program, Anwar, Anwar Ibrahim, berkata, datuk seri anwar ibrahim, Di Sabah Zaid, Ibrahim, Keadilan, media massa, negeri, oleh, Pakatan, parti, parti keadilan rakyat, perlembagaan, Politik, program, Sabah, sambutan aidilfitri, sebagai, Seri, seri anwar ibrahim, www youtube, yang, Zaid, Zaid Ibrahim










