Fesyen Tudung Bersanggul


  

Oleh: Nik Noor Azman Ghazali

tudung-sanggul

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar disebelah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Read the rest of this entry »

Incoming search terms for the article:

PAS kecewa Mahkamah benarkan Allah dalam Mingguan Herald The Catholic

imagesParti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Pas bimbang dengan membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri dengan Islam.

Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.

Read the rest of this entry »

Emas RM1 juta: Perompak pukau diburu polis

Polis Terengganu sedang memburu empat penjenayah warga Arab yang merompak barang kemas bernilai hampir RM1 juta dari sebuah kedai emas dekat Pasar Payang, di Kuala Terengganu semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Md Jamil berkata pihaknya telah melancarkan ‘Ops Tutup’, iaitu sekatan jalan raya di semua pintu masuk negeri itu sebaik sahaja menerima laporan kejadian.

“Usaha mengesan suspek kini dibuat berdasarkan gambar suspek yang dirakam oleh kamera litar tertutup kedai berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di Kuala Terengganu hari ini.

Read the rest of this entry »