Bintang All Black peluk Islam
Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.
Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.
Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas. Read more
Adik Ipar Tony Blair Peluk Islam
“Puan Lauren Booth saudara ipar kepada Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain telah memeluk agama Islam selepas enam minggu melawat makam Fatima al-Masumeh di bandar raya Qom Iran.
Beliau yang juga merupakan rakan kepada Yvone Ridley bekas wartawan yang ditahan kumpulan Taliban, kemudian memeluk Islam enam tahun lalu.
Menurut berita yg dilapurkan oleh Dailymail U/Kingdom semalam 24hb.10 bahawa Lauren Booth memeluk Islam setelah tinggal sementara di Iran.
Katanya beliau sekarang sudah meninggalkan makanan daging babi, alcohol dan semakin selalu bersembahyang di masjid tempatan serta kini sudah memakai tudung kepala setiap kali untuk keluar rumah.
Lauren Booth yg bertugas sebagai penulis dan penyiar ini berada 6 minggu di Bandar Qom Iran, dan selepas kembali ke Britain beliau mengambil keputusan untuk menukarkan agama nya kepada agama Islam. Read more
Mengumpat: Seperti Makan Daging Saudara Sendiri!
Dalam hidup seharian, kita takkan lari dari terlibat dari aktiviti mulut ini..
Mengumpat bukan sahaja sinonim dikalangan perempuan.. dikalangan lelaki pun apa kurangnya?
Maaf kaum lelaki, inilah kebenaran.
Tapi cuba kita renungkan bersama.. Kalau kita mampu elakkan diri dari mengumpat, tapi mendengar umpatan orang pula lebih kurang sama dosa dengan mengumpat… Read more
Jangan Ada Benci
June 14, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Read more
Konspirasi Dunia: World Cup 2010 dan Olimpik 2012
Jahbulon was a ritual freemasonic god. Jahbulon represents the devil.
World Cup 2010 pujaan dunia bermula 11 Jun ini. Saya sendiri sedang tercari-cari pasukan pilihan. Yang penting, dalam keghairahan menonton dan demam bolasepak, saya mengingatkan diri saya dan rakan-rakan teman peminat bolasepak supaya jangan sampai tanggungjawab mengambil berat isu-isu ummah turut demam sama kerana saya bimbang ada agenda ‘turning point’ musuh-musuh Allah khususnya Secret Societies dan The Committee of 300 ketika dunia menumpu pada South Africa. Read more
Enjin F-5E TUDM Dijual Di Amerika Selatan
BAGAN DATOH: Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.
“Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah melarikan enjin itu ke luar negara. Read more
(Video) Betulkah 1,000 Orang Berdemo Di Kelantan?
Agensi berita negara, Bernama seperti yang dipetik oleh akhbar arus perdana melaporkan kira-kira 1000 orang yang mendakwa mewakili sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk Kota Darul Naim di sini bagi mendesak Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berhubung satu kenyataan kontroversinya baru-baru ini.
Perkataan “kira-kira 1000″ itu ditemui di dalam isi kandungan beritanya tetapi tajuk beritanya pula lebih mengerikan iaitu “Lebih 1,000 sertai demonstrasi desak Nik Aziz minta maaf”.
Kontradiksi tajuk dengan isi berita sudah menjadi bukti satu pembohongan dan penipuan.
Sememangnya wartawan dan editor media arus perdana sengaja memberikan gambaran berlebih-lebihan terhadap apa jua demontrasi yang dianjurkan oleh UMNO BN dan para sekutunya disamping memberikan gambaran negatif terhadap mana-mana perhimpunan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Read more
‘Pesta banjir’ jadi rezeki peniaga di Kelantan
Kelantan yang mula dilanda banjir sejak semalam sebenarnya ibarat pesta bagi sesetengah penduduknya yang sememangnya menunggu kedatangan musim tengkujuh ini.
Bagi mereka, banjir bukanlah sesuatu yang perlu ditakutkan kerana ketika inilah bermulanya pesta mandi-manda ketika rumah mereka mula digenangi air hampir 1 meter.
Musim tengkujuh ini bukan sahaja memberi makna keriangan bagi kanak-kanak tetapi juga bagi peniaga kecil-kecilan untuk berniaga di tempat yang dikunjungi ramai seperti di Jalan Pantai Cahaya Bulan dan berhampiran Tambatan Diraja yang kedua-duanya terletak di Kota Bharu. Read more
Khabar Peristiwa Exco Menumbuk Tetamu Adalah Satu Pembohongan
Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Suyuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang exco kerajaan negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.
Suyuti berkata peristiwa ini dikhabarkan kepada beliau oleh salah seorang ahli PAS yang turut menghadziri majlis tersebut. Beliau berkata ahli PAS tersebut menyaksikan peristiwa itu berlaku. Beliau juga berkata Salahuddin Ayub menelepon beliau tengah malam buta untuk mendapat maklumat tersebut. Dan beliau berkata Mahfuz Omar mengetahui exco mana yang menumbuk itu. Read more
Broadband connectivity must hit 50pc next year, says Rais

Rais said Malaysia’s broadband connectivity was comparable to Hungary’s.
KUALA LUMPUR, Oct 21 — The Information Communication and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim wants the 50 per cent broad band connectivity to be achieved in households early next year.
According to Rais, the achievement was important to enable Malaysia to keep up with Internet developments in the world.
“I feel that the 50 per cent achievement must be reached quickly and a part of it depends on permanent lines by Telekom and wireless lines including by Wi-Max and Wi-Fi,” he told reporters after officiating “Kumpulan Rakan Siswa Jasa Malaysia (Karisma)” here yesterday.
Commenting on the criticism hurled by deputy chairman of the Malaysia-Australia Business Council, Michael Halpin, on the unsatisfactory Internet speed in the country, Rais said not all that was said was true.
He said the statement by Halpin was as if to paint Malaysia as lagging behind as compared to developed countries whereas the broad band service in the country was at 27 per cent almost at par with Hungary which was at 30 per cent this year. — Bernama























