Advertise Here

Usah leka jaga iman

February 23, 2011 by  
Filed under Islam

Gambar sekadar hiasan

APABILA iman lemah, maka mudah sekali melakukan dosa dan maksiat. Apabila maksiat meningkat, bantuan Allah untuk dipelihara daripada syaitan berkurang dan tiada.

Rasulullah sendiri sering berdoa: “Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agama-Mu”. Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Read more

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

February 14, 2011 by  
Filed under Islam

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.” Read more

Kejar Keberkatan Rezeki Halal

January 26, 2011 by  
Filed under Islam

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

ALLAH menjamin rezeki makhluknya. “Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).

Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari.

Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya. Read more

Pengajaran sebalik kontroversi azan

January 20, 2011 by  
Filed under Islam

ISU bantahan peguam yang menghantar memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Lembah Pantai membantah laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah dianggap selesai apabila kelmarin, peguam terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.

Tindakan peguam berkenaan mendapat bantahan seluruh umat Islam, maka wajarlah permohonan maaf dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Azan, syiar Islam yang bermula di Madinah pada tahun pertama hijrah seperti disebut dalam hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar semasa orang Islam mula sampai di Madinah dan berkumpul menunggu menunaikan solat tetapi tiada yang menyeru untuk bersembahyang. Read more

Doa ibu bapa sumber kekuatan batin, bentuk keperibadian anak

December 27, 2010 by  
Filed under Islam

ALLAH SWT memerintahkan setiap hamba-Nya taat dan memuliakan ibu bapa. Bergaul dan memenuhi hak kedua-dua ibu bapa menjadi keutamaan yang mesti dilaksanakan anak, khususnya apabila ibu bapa lanjut usia. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa bermakna seseorang itu menderhakai Allah. Begitulah besar dan mulianya darjat ibu bapa.

Banyak ayat al-Quran yang memerintahkan supaya mentaati ibu bapa. Antaranya Allah berfirman, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.” (Surah al-Baqarah, ayat 83)

Seseorang anak hanya dapat kedudukan anak salih jika sentiasa mentaati dan memuliakan ibu bapa. Sifat menyayangi dan mengasihi orang lain adalah fitrah semula jadi manusia, malah haiwan juga dikurniakan naluri ini. Read more

Kedekut undang 7 keburukan

December 27, 2010 by  
Filed under Islam

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.” Read more

Wanita Beragama Jamin Kebahagiaan Rumah Tangga

December 17, 2010 by  
Filed under Islam

FIRMAN Allah bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu dan orang yang salih daripada hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur: 32).

Ibnu Kathir menegaskan, ayat itu mengandungi beberapa hukum yang jelas dan suruhan wajib ditaati. Ayat itu perintah supaya mengahwinkan sesiapa dalam kalangan umat Islam yang mampu dan bersedia. Read more

Pendidikan Seks Mesti Berteraskan Agama

December 17, 2010 by  
Filed under Islam

PENDIDIKAN adalah elemen penting dalam pembentukan jati diri dan keperibadian orang Islam. Keimanan tinggi terhasil daripada pendidikan bersepadu yang tidak dapat disanggah oleh sebarang anasir luaran.

Jika kita mengamati tempoh dilalui Rasulullah SAW semasa di Makkah, ia tertegak atas dua prinsip pendidikan yang mantap iaitu pendidikan akidah kepada keesaan Allah dan pendidikan ke arah pembersihan jiwa melalui nilai akhlak dan teladan yang tinggi.
Pengaruh akidah dalam pendidikan penting kerana apabila jiwa bersih itu mencapai puncak keimanan, ia akan menjadi kukuh bagai gunung-ganang yang tinggi seperti pendirian Rasulullah SAW sewaktu Baginda dikelilingi anasir jahat yang cuba memusnahkan agama Islam. Read more

Kewajipan Suami – Walimatul’urus

November 29, 2010 by  
Filed under Suami Isteri

Sebagai seorang suami, dia harus memelihara kesederhanaan dan kesopanan dalam undangan perkahwinan atau walimatul’urus.

Mengadakan walimah atau undangan adalah sunnat hukumnya.

Berkata Anas r.a.: Apabila Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan bagi Abdul Rahman: Read more

Ulangkaji Cara Solat Sunat Aidiladha

November 16, 2010 by  
Filed under Islam

Solat Sunat Hari Raya merupakan solat sunat yang didirikan secara bersendirian atau secara berjemaah (biasanya di masjid) pada awal pagi Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Solat Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha hukumnya adalah sunat muakkad yang mana sangat-sangat dianjurkan kerana Rasulullah s.a.w. tetap dengan Solat Hari Raya.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidilfitri dilewatkan sedikit berbanding solat sunat Aidiladha. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. Berlainan pula, solat sunat Aidiladha digalakkan diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Read more

Awasi Unsur Syirik Jika Guna Kayu Koka

October 12, 2010 by  
Filed under Haron Din

Apakah dia kayu koka? Betulkah kayu koka ini sejenis kayu yang diperintahkan Allah untuk digunakan Nabi Nuh a.s. membuat kapal dan menyuruh Nabi Musa a.s. mengambil tongkat yang juga diperbuat daripada kayu koka?

Banyak orang sanggup membeli kayu koka dengan harga yang terlalu mahal. Ada yang berbentuk tongkat, tasbih dan batu cincin. Kononnya ia boleh menjadi penghadang daripada jin dan syaitan, menyembuhkan penyakit serta memurahkan rezeki. Apakah ini ada isyarahnya dalam al-Quran atau as-Sunnah?

Abu Bakar Zakaria,
Damansara, Selangor Read more

Hukum Memakai Cincin, Gelang Tangan dan Rantai Leher Bagi Lelaki Islam

October 12, 2010 by  
Filed under Islam

Oleh: Ustaz Mohamad Faizal bin Ahmat

Memakai cincin merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah memakai cincin. Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :

“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”(Hadith Riwayat Muslim) Begitu juga, nasihat Nabi Muhammad saw. Kepada Saidina Ali sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan, Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari manis atau jari kelingking (anak jari). Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah s.a.w telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. (Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai)

Bagi pemakaian gelang tangan pula, terdapat sebuah hadis yang menyebut gelang tangan ini. Read more

Besar ganjaran jika bijak urus masa

October 8, 2010 by  
Filed under Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

MASA tidak akan menunggu kita walaupun sesaat. Manusia sentiasa berhubung dengan masa dalam ‘pengembaraan’ mereka di muka bumi ini yang bermula daripada kelahiran sehingga dijemput pulang mengadap Ilahi.

Ia ibarat pedang, sekiranya tidak mencantas, masa pasti memintas kita. Masa ibarat senjata tajam yang amat bermanfaat dan menguntungkan manusia sekiranya digunakan dengan baik.

Sebaliknya, jika tidak betul cara penggunaannya, ketajamannya akan memakan diri. Mereka yang tidak tahu memanfaatkan masa akan jauh ketinggalan sama ada dalam agama, pemikiran, teknologi atau politik. Read more

Aurat…? Adakah kita sedar akannya?

October 1, 2010 by  
Filed under Islam

Aurat Wanita

“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini? Read more

12 Barisan di Akhirat

September 27, 2010 by  
Filed under Islam

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut: Read more

Indahnya Kemaafan

September 22, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah

kemaafan

Setiap manusia itu tidak lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Sukarnya seseorang untuk memaafkan saudaranya lantas terus menghina saudaranya itu atas kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Apakah penghinaan atau kemaafan yang terbaik buat seseorang yang melakukan kesilapan?? Read more

Adab dan Sunat Hari Raya Eidul Fitri

September 6, 2010 by  
Filed under Islam

salam-aidilfitri02

Sempena menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berhempas pulas melawan kehendak nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Eidul Fitri. Di sini dicoretkan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini. Read more

Berakhirnya Ramadhan, Suka atau Duka?

September 4, 2010 by  
Filed under Islam

titisan_nikajis

Disaat entri ini ditulis, ramadhan akan meninggalkan kita dalam masa sehari/dua hari sahaja lagi. Bulan keberkatan, rahmat, keampunan sudah hampir menutup tirainya. Syaitan-syaitan hampir dilepaskan belenggunya, pintu neraka hampir dibuka. Namun kita sebagai manusia (termasuk diri ini), masih terleka dengan kegembiraan syawal lebih dari kelebihan ramadhan yang disebut. Read more

Fesyen Tudung Bersanggul

September 1, 2010 by  
Filed under Islam

Oleh: Nik Noor Azman Ghazali

Sanggul yang saya maksudkan adalah seperti dalam gambar disebelah. Memakai tudung yang menampakkn bonggolan dikepala. Jadi, sebab tadi saya dah terbaca berkaitan pemakaian tudung sebegini, jadi semestinya saya share dengan anda semua . Renungkanlah hadith-hadith dibawah:

“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).

Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223. Read more

Puasa Tetapi Tidak Solat

August 28, 2010 by  
Filed under Islam

solat-itu-tiang-agama

Syaikh Muhammad bin Sholih Al ‘Utsaimin -rahimahullah- pernah ditanya: “Apa hukum orang yang berpuasa namun meninggalkan solat?”

Beliau rahimahullah menjawab:

“Puasa yang dilakukan oleh orang yang meninggalkan solat tidaklah diterima kerana orang yang meninggalkan solat adalah kafir dan murtad. Dalil bahawa meninggalkan shalat termasuk bentuk kekafiran adalah firman Allah Ta’ala, Read more

Next Page »