Advertise Here

Khalid Samad: Pengalaman di Bagan Pinang

October 21, 2009 by  
Filed under PAS

Sudah agak lama saya tidak update blog ini disebabkan kesibukan selepas selesai bertugas di Bagan Pinang. Setelah berada di Bagan Pinang selama 5 hari, saya kembali ke Shah Alam pada 10 Oktober dan seterusnya menghadiri beberapa majlis Hari Raya, Walimah dan juga Deepavali. Pada keesokkan harinya saya bersama YB Yaakaob menganjurkan Majlis Hari Raya di Seksyen 9 dan kemudiannya bersama YB Rodziah menganjurkan majlis Hari Raya di Seksyen 16 pada hari yang sama. Pada malam itu jug telah diadakan ceramah di Seksyen 20.

Di antara 12 dan 13 Oktober pula, saya menghadiri perbahasan Sesi Bajet Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan di Shah Alam Convention Centre. Pada 15 Oktober pula saya telah menghadiri Seminar SelCARE iaitu Konvensyen berhubung ‘Alternative and Renewable Energy’ dan seterusnya menghadiri pula bermacam-macam majlis Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan pada masa yang sama. Sempat juga memberi tazkirah dan khutbah di Masjid Seksyen 26, berceramah di Batu Kurau, Larut dan menghadiri sesi dialog di Kajang. Read more

Bagan Pinang – Serah kotak undi pos di pasar raya?

October 17, 2009 by  
Filed under General

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Wajarkah beg undi pos diserahkan kepada pihak terbabit di pasar raya? Tetapi itulah yang berlaku dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat berjanji mendedahkan penyelewengan undi pos di Bagan Pinang jika Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan sedia menyahut cabaran debatnya.

Ianya termasuk bukti penyerahan beg undi pos berdekatan pasar raya Telok Kemang, yang menurut dakwaannya sebagai sesuatu yang meragukan.

“Kalau beg undi boleh diserahkan di mana-mana saja, seperti di pasar raya…bila-bila masa seperti jam 7.30 malam, sudah tentu meragukan.

“Maka tiada jaminan ketelusan pada sistem undi (pos) yang longgar…SPR pun susah pantau, apatah kami (PaCa – agen pengiraan undi dan pengundian),” tegasnya.

Sambil memberi tempoh jawapan sehingga Selasa depan, Suhaizan nekad turun padang untuk menjelaskan kelemahan sistem perlaksanaan undi pos tersebut sekiranya debat tersebut gagal.

“Beberapa kawasan yang terdapat undi pos telah dikenal pasti…(seperti) Setiawangsa, Kluang, Lumut dan Pekan yang diwakili Perdana Menteri sendiri untuk kita turun jelaskan kepada rakyat tentang (sistem) undi pos yang lemah jika debat gagal,” tegasnya.

Menurut blog peribadinya, kentong-suhaizan, beliau turut mempersoal beberapa perkara yang meragukan pada sistem undi pos yang didakwanya tidak telus.

Antaranya, soal kesukaran pengundi pos (tentera) mendapatkan kertas undi.

Selain itu, beliau meminta SPR menjelaskan kaedah pemantauan proses pengundian pos yang begitu longgar, agar terjamin ketelusannya.

Suhaizan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Undi Pos di keputusan undi pos bagi Dun Bagan Pinang sesuatu yang diragui.

9 Oktober lalu, PAS mendesak diberhentikan serta-merta ke atas proses pengundian undi pos kerana terdapat ratusan pertindihan nama pengundi dalam daftar pemilih awam dan tentera (pos).

Ekoran itu, PAS mengadakan tiga pertemuan bersama SPR dan membuat dua laporan polis.

Namun, tiada sebarang insiatif susulan yang positif dilakukan.

Pilihan raya Umum ke-12 lalu, PAS mendapat 1189 undi pos, manakala Umno pula mendapat 3080.

Bagaimana pun, pilihan raya kecil N31 baru-baru ini menyaksikan undi pos PAS menyusut sehingga 601 undi sahaja, manakala undi POS Umno dilihat kian meningkat sehingga 3521.

Beberapa dakwaan tersebut sekali gus dikatakan membantu kemenangan luar biasa Adun Bagan Pinang yang baru, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dengan majoriti undi sebanyak 5435.

Harakahdaily