Gagal hayati agama punca merebaknya zina
Keluarga, masyarakat sepatutnya mainkan peranan penting halang remaja lelaki, perempuan bersosial keterlaluan
REMAJA hamil, bersalin seorang diri dan membunuh anak kandungnya tidak begitu mengejutkan lagi. Tugas pihak berkuasa pula menahan ‘ibu’ itu dan memungut bahan bukti. Hasil siasatan pula selalunya memihak kepada apa yang disyaki. Malangnya, si ‘bapa’ selalunya terlepas daripada buruan hukuman dan umpat keji. Beberapa tahun dulu, situasi begini amat asing sekali di sini. Ia hanya menjadi berita dari luar negara, walaupun tetap mengundang marah dan belas, ia tidak seperti apabila jenayah ini dilakukan di negara ini.
Perbuatan ini boleh disamakan dengan pembunuhan, yang balasannya juga nyawa, mengikut hukum Tuhan. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Isra ayat 33 tafsirnya bermaksud: “Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar.” Namun hari ini, bayi yang masih bertali pusat dipungut bagai mengutip sampah-sarap di tepi jalan. Ada yang dihurung semut dan serangga, tidak kurang pula yang menjadi makanan binatang liar. Read more
Bintang All Black peluk Islam
Menjadi sensasi dalam liga ragbi remaja, kemudian menyertai skuad bintang All Black, dan pada waktu yang sama menjadi peninju heavyweight yang berbakat. Tidak setakat itu, Sonny Bill Williams juga telah memeluk Islam.
Sekalipun terdapat khabar angin tentang bintang berusia 25 tahun ini memeluk Islam, namun akhbar Herald, Ahad lalu, mendedahkan bahawa beliau telah bersyahadah sejak dua tahun yang lalu.
Sejak itu, beliau menjadi Muslim pertama yang mengenakan jersi All Black, dan meminta makanan halal semasa kempen jelajah Hemisfera Utara tahun lepas. Read more
Minuman beralkohol: Kanak-kanak minum bir
August 26, 2010 by wizvax
Filed under Local News

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) amat prihatin berhubung kebanjiran minuman ringan beralkohol dalam pasaran dengan bertopengkan minuman ringan.
Manakala undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa minuman beralkohol dilarang kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun, minuman ini dijual kepada kanak-kanak sekolah tanpa sekatan di pasar raya dan kedai 24 jam. Read more
Putus kaki uji motosikal diubah suai

KUALA TERENGGANU: Dia bekerja sebagai mekanik dan mahu mempamerkan kemahiran dengan menguji kelajuan motosikal rakannya yang baru diubah suai. Bagaimanapun, tindakan berani remaja itu menyebabkan dia menyesal seumur hidup apabila kaki kanan putus selepas terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal lain berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini, awal pagi semalam.
Lebih memilukan, rakannya yang turut terbabit kemalangan itu menyangka hanya seluar dipakai mekanik itu terputus apabila melihat cebisan kain tersangkut pada pembahagi jalan dan tidak menghiraukannya kerana mahu segera menghantarnya ke hospital. Read more























