Advertise Here

Kes Bunuh Sosilawati: Pembunuh Profesional Mungkin Terlibat

September 14, 2010 by  
Filed under Local News

datuk-patmanaban

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Polis tidak menolak kemungkinan pembabitan pembunuh profesional atau kumpulan samseng dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain.

Pembunuh profesional atau kumpulan samseng itu dikatakan bekerjasama dengan dua peguam adik-beradik yang ditahan sebagai suspek utama termasuk salah seorangnya bergelar Datuk bagi melakukan pembunuhan kejam itu sebelum membakar mayat mereka. Read more

Penyokong UMNO Mengganas di Sidang DUN Pulau Pinang

November 30, 2009 by  
Filed under General, Penang

umno mengamukKurang dari 100 orang menyertai tunjuk perasaan mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan jawatan di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang hari ini.

Tunjuk perasaan ini terdiri dari gerombolan Pemuda Umno, Gerakan, MCA dan MIC menggesa Guan menyerahkan jawatannya itu kepada Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman.

Perhimpunan ini ternyata mencemarkan sidang dewan sempena 50 tahun Jubli Emas Dewan Dun Pulau Pinang. Ketika kekecohan berlaku, Guan Eng sedang merasmikan Pameran Maklumat Sivil 2009 DUN-Menghubungkan NGO dan Penggubal Dasar Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang di perkarangan dewan. Read more

Isu campur tangan setpol PM ‘hangatkan’ dewan

November 11, 2009 by  
Filed under Najib

Dewan Rakyat petang tadi menjadi ‘hangat’ apabila isu campur tangan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah dalam hal berkaitan penjaja di Wilayah Persekutuan dibangkitkan.

Perkara itu ditimbulkan oleh Wee Chee Keong (PKR-Wangsa Maju) yang menyatakan bahawa Shafie telah ‘menghalang’ urusan penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya merobohkan gerai yang telah melanggar undang-undang.

“Saya mahu tahu kenapa Datuk Shafie campur tangan dalam kes ini sedangkan, DBKL mahu menjalankan tugas,” soalnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal. Read more

Adakah pembohongan Najib boleh dipercayai dengan nilai RM 10?

October 20, 2009 by  
Filed under PAS

DRS. KHALIL IDHAM LIMPerdana menteri 1Malaysia, Najib Tun Razak kembali ke Perak dengan pelancaran 1Malaysia dengan jumlah belanja yang sangat besar. Buat sementara waktu saya meminjam jumlah yang disiarkan oleh berita arus perdana dengan kebadiran 50,000 orang dalam majlsi tersebut, berarti 1/2 juta telah dibelanjakan.

1Perak sudah maklum dan mengetahui bahawa kehadiran mereka dengan makan dan bas percuna serta RM 10 seorang. nasib baik bukannya Rm 1 sahaja sesuai dengan pelancaran 1Malaysia itu. Kalau tidak kosonglah bas dan stadium Perak. Mungkin air liur ada sedikit meleleh kerana sekeping wang berwarna merah, sepuluh ringgit, sepuluh ringgit lah. Inilah mentaliti rakyat yang terus dikerah dengan apa cara demi untuk meramaikan majlis BN.

Alhamdulillah semasa Pakatan Rakyat memegang teraju pemerintahan di Perak budaya lapok dan politik lama itu telah ditinggalkan, seingat saya sebanyak 2 kali penyokong Pakatan Rakyat dikumpulkan di Stadium Perak, alhmadulillah mereka bukannya disogok dengan duit tapi mereka malah menyumbang sehingga hampir subuh wang dikira oleh unit amal. Read more