Advertise Here

Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w

February 14, 2011 by  
Filed under Islam

Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.

Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.” Read more

Kejar Keberkatan Rezeki Halal

January 26, 2011 by  
Filed under Islam

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

ALLAH menjamin rezeki makhluknya. “Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).

Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari.

Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya. Read more

Kedekut undang 7 keburukan

December 27, 2010 by  
Filed under Islam

KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.

Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.” Read more

Mas Kahwin Menurut Pandangan Islam

November 11, 2010 by  
Filed under Islam


Perkara yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah ringan mas kahwinnya.

Hendaklah maskahwin si isteri tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham. Read more

Rahsia di sebalik pangkal nama menurut Islam

November 3, 2010 by  
Filed under Islam

Oleh Fairuz Zaidan

BAYANGKAN dengan jumlah penduduk Malaysia kini yang menjangkau 26 juta orang, pastinya ada 1,001 jenis nama yang menjadi kebanggaan individu mahupun keturunan di dalam sesebuah keluarga.

Namun, di sebalik nama glamor atau pelik yang cuba didaftarkan dalam sijil kelahiran, tidak semua nama sebenarnya boleh diberikan kepada anak dengan sewenang-wenangnya.

Sebagai contoh nama yang tidak digalakkan didaftarkan dalam sijil kelahiran ialah seperti Bulat, Buang, Pungut atau juga Tumpang, di samping nama gelaran keturunan bagi yang layak saja. Read more

Aurat…? Adakah kita sedar akannya?

October 1, 2010 by  
Filed under Islam

Aurat Wanita

“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahai hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini? Read more

Ikan lumba-lumba iringi kapal sebelum serangan

June 9, 2010 by  
Filed under Local News

pix_gal0Peristiwa sedih, lucu, pelik tersirat pengajaran buat aktivis kemanusiaan ke Gaza

(Catatan peristiwa sebelum dan selepas diserang komando Israel)

KAPAL Mavi Marmara umpama madrasah bagi kami kerana di situlah semua sukarelawan yang terbabit dalam misi bantuan kemanusiaan ke Gaza menerima pendidikan yang sangat berguna, sekali gus melatih jiwa dan hati kami untuk lebih dekat kepada Allah.

Perjalanan itu, meskipun tidak sempat menghabiskan misi kerana diserang komando Israel, cukup bermakna dalam membuka pelbagai pintu rahsia. Semua petugas umpama baru tamat dalam satu proses pendidikan mengenali erti kemanusiaan dan kehidupan sebenar sebagai hamba Allah. Read more

63 Petua Keluarga Bahagia

May 6, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

keluarga bahagiaTanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.

Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga. Read more

Kenapa Diciptakan Neraka?

May 3, 2010 by  
Filed under General

tutupauratIni kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar ‘Membangun Bersama Islam’, kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam. Read more

Konspirasi Dunia, The Gate & KLCC

February 15, 2010 by  
Filed under Islam

KLCC-night

Mungkin ramai yang tidak percaya teori saya sendiri yang mengatakan bahawa menara kebanggaan kita, menara KLCC adalah salah satu simbol Freemason yang dengan sengaja diletakkan di negara kita supaya kita membangga-banggakan keagungan menara tersebut yang menjadi antara bangunan tertinggi di dunia. Tanpa kita sedari, kita juga telah mengagung-agungkan Freemason dan menjadi pengikut mereka.

Freemason adalah salah satu daripada organisasi rahsia Yahudi yang bekerja bersama Dajjal laknatullah dalam melaksanakan misi mereka mengawal dunia (New World Order). Selain daripada Freemason, banyak lagi organisasi-organisasi rahsia yang mempunyai misi yang sama seperti Illuminati (Illuminati menggunakan lambang piramid yang mengandungi MATA SATU/all-seeing eye didalamnya), Skull and Bones, Opus Dei, Priory of Sion, the Bilderberg Group, agensi-agensi Hollywood (CW Chanel, Columbia TriStar, etc..) dan bermacam-macam lagi. Tujuan mereka menubuhkan berbagai organisasi dalam mencapai satu misi yang sama hanyalah semata-mata untuk mengelirukan dan membutakan mata hati umat-umat manusia seluruh dunia dan menanamkan sifat Dajjal yang buta satu matanya (celik mata penglihatan tapi buta mata hati). Read more

PAS gesa Pahang dedah ahli lembaga pengarah GLC bermasalah

December 12, 2009 by  
Filed under PAS

KUANTAN, 12 Dis: PAS negeri Pahang mahu kerajaan negeri Pahang mendedahkan kepada umum ahli lembaga pengarah beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu yang didakwa mengalami kerugian sehingga menyebabkan krisis ekonomi di negeri itu.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beberpa anak syarikat kerajaan negeri termasuk Mentega Corporation, ASPA, PASDEC dan banyak lagi tidak menunjukkan prestasi yang baik malahan membebankan kerajaan kewangan negeri.

Kecewa dengan keadaan itu, beliau mahu kerajaan negeri melantik ahli lembaga yang mempunyai latar belakang pengurusan ekonomi yang terbaik dan berkelayakan dan bukannya meneruskan amalan melantik mereka yang terdiri dari ahli politik Umno semata-mata. Read more

Muhyiddin ingin gagalkan tuntutan royalti – Husam

November 27, 2009 by  
Filed under Kelantan

Muhyiddin RoyaltiKOTA BHARU, 27 Nov: Kesanggupan Tengku Razaleigh Hamzah untuk mengetuai Kaukus Parlimen berkaitan isu petroleum di negara ini sepatutnya mendapat sokongan dari semua pihak tanpa mengira parti kerana beliau adalah orang paling kanan dalam pentafsiran undang-undang yang berkaitan petroleum yang dikendalikan oleh Petronas.

Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan Dato’Husam Musa ketika ditemui dimajis penyampaian sumbangan kewangan kepada warga Dun Salor di Surau berhampiran rumah beliau hari ini.

Menurut Husam,tindakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ingin menghalang Ku Li daripada mengetuai Kaukus Parlimen tersebut adalah semata-mata ingin menggagalkan tindakan Kelantan yang ingin menuntut royalti dari Petronas. Read more

Zaid: Saya Komited Dengan PR

October 20, 2009 by  
Filed under Zaid Ibrahim

Datuk Zaid IbrahimDatuk Zaid Ibrahim berkata keputusan beliau mengambil cuti daripada tugasan harian parti untuk tempuh enam bulan hanya semata-mata untuk merealisasikan penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik yang mendokong nilai-nilai asas yang sama.

Justeru beliau menolak cubaan media arus perdana dan pimpinan Umno kononnya bercadang meninggalkan KEADILAN.

“Dalam tempuh enam bulan saya berharap dapat meningkatkan usaha untuk memantapkan Pakatan Rakyat. Saya kini sibuk menyiapkan rangka dasar persetujuan bersama Pakatan Rakyat yang bakal dibentangkan pada Konvensyen Khas Pakatan Rakyat Disember ini,” kata Zaid.

“Saya akan terus bekerja kuat untuk menterjemahkan prinsip perjuangan parti dan Pakatan bagi kebaikan rakyat,” tambah beliau.

Zaid berkata hubungan beliau dengan semua pemimpin Pakatan terutamanya KEADILAN adalah baik dan menekankan bahawa beliau tetap komited menjadikan Pakatan Rakyat “satu gagasan politik alternatif yang kuat dan berwawasan.” Read more