Advertise Here

Amalan buruk Gay, Lesbian hancurkan keturunan

January 9, 2011 by  
Filed under Islam

MUTAKHIR ini banyak dipaparkan mengenai gejala gay dan lesbian yang semakin berleluasa. Ada menganggap gejala ini tidak serius dan masih terkawal tetapi persoalannya wajarkah kita membiarkan ia merebak.

Umat Islam perlu memandang serius perkembangan ini kerana ada di kalangan mereka terbabit gejala yang dilaknat Allah. Kemodenan dan kecanggihan bukan alasan untuk kita mengorbankan jati diri sebagai umat Islam, sebaliknya perlu meningkatkan ketakwaan kepada Allah bagi menghadapi dunia serba mencabar. Read more

Memilih Isteri Solehah

November 7, 2010 by  
Filed under Islam

Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.

Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya. Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit.

Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap enteng saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus. Walhasil si suami akan berada dalam keadaan yang serba-salah sekali. Read more

Motivasi Kerja

June 18, 2010 by  
Filed under Fadzilah Kamsah

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

lazyoffice

‘Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria, ada datang dengan perasaan ‘biasa’ dan ada datang dengan perasaan serba tak kena ‘.. Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan ‘biasa’ saja, hasilnya adalah ‘biasa’ saja, sesiapa yang datang dengan ceria, hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa. Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang akan menggembirakan orang di sekeliling kita. Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah… .’ Read more