Pemimpin wajib lunas amanah rakyat
TUGAS pemimpin politik bukan mudah kerana setiap amanah yang digalas adalah tanggungjawab perlu dilunaskan sebaik mungkin demi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Dalam mencapai tujuan murni itu, semua tindakan diambil perlu dinilai sedalam mungkin berlandaskan prinsip menepati janji, bersikap jujur, adil dan saksama.
Peranan politik yang dimainkan pemimpin tidak terhad kepada tugas dalam negara kerana mereka turut dilihat pemimpin lain di peringkat antarabangsa dan apa juga tindakan dilakukan bakal memberi impak kepada kebajikan rakyat serta negara keseluruhannya. Read more
DVD Siri Panduan Ibadah Haji

Lembaga Tabung Haji melancarkan Siri DVD Panduan Ibadat Haji sebagai alternatif tambahan bagi bakal jemaah haji serta umrah yang kesempitan masa untuk mendalami ilmu secara mendalam.
Pengurus Besar Kanan, Jabatan Haji Tabung Haji, Mohd Salleh Abd Mubin, berkata pengenalan cakera video digital (DVD) panduan yang mempunyai lima tajuk itu dilihat sebagai usaha memperkayakan persediaan bakal haji sebelum menunaikan ibadat berkenaan. Read more
Pemuda PAS dan Aziz adakan pertemuan susulan
Selepas para exconya mengasak Profesor Dr Aziz Bari dalam seminar memperkasakan parti Sabtu, 7 November lepas, pimpinan Dewan Pemuda PAS dan Aziz beramah mesra pulahari ini.
Pertemuan susulan Pemuda PAS dengan tokoh akademik ini pada hari ini, menunjukkan keterbukaan sayap PAS dan Aziz menerima kritikan dan pandangan pelbagai pihak.
Ketua Pemuda PAS, Nasaruddin Hassan berkata, pertemuan tersebut juga sebagai peluang kepada Pemuda PAS menilai keberkesanan gerak kerja mereka disamping mengambil input positif dan berguna bagi lebih memperkemaskannya.
“Ini menunjukkan sikap keterbukaan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mendengar pandangan serta kritikan dan mengambil input-input positif dan berguna daripada semua pihak termasuk tokoh akademik,” katanya pada sidang media selepas pertemuan tersebut. Read more





















