Advertise Here

Hukum melantik wakil untuk ibadat korban

October 25, 2011 by  
Filed under Islam

Apabila seorang itu dilantik menguruskan qurban maka dia menjadi wakil kepada orang yang buat qurban, maka sepatutnya pekara di bawah ini hendaklah diketahwi oleh orang yang menguruskannya supaya memudahkan urusan.

Terkadang orang yang buat qurban hanya melantik wakil untuk menyembelih sahaja, tidak yang lain maka wakil tidak boleh melakukan perkara yang lain daripada yang disuruh.

Di sini saya nasihatkan kepada orang yang berkongsi/bersekutu tujuh orang supaya melantik seorang dari kalangan mereka atau orang lain menguruskan qurbam mereka dari segi pembelian lembu, mencari tukang sembelih, meniatkan qurban dan membahgikan daging, pengurus ini adalah wakil bagi mereka.

Adakah pengurus ini boleh melantik orang lain untuk melakukan apa yang diwakilkan kepadanya? Di bawah ini saya nyatakan hukumnya. Read more

Kes Bunuh Sosilawati: Suspek Utama ada 7 Aduan Jenayah Komersial

September 16, 2010 by  
Filed under Local News

BANTING: Polis mengenal pasti suspek peguam dalam kes bunuh Sosilawati mempunyai tujuh laporan jenayah komersial yang membabitkan jumlah RM7.1 juta sejak 2005.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata maklumat itu diperoleh daripada siasatan polis dan penilaian semula kes yang dilaporkan di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPPD) Kuala Langat.

Sementara itu, mengulas kes kehilangan dua individu sebelum ini, beliau berkata, kes pembunuhan seorang gadis 19 tahun dan ahli perniagaan dari Chennai, India, S Usharani, 24, yang akan disiasat. Katanya, siasatan kes kehilangan ahli perniagaan itu baru bermula kerana isteri mangsa hanya membuat laporan polis pada 8 September lalu. Read more

Hari Membakar Quran Antarabangsa

August 2, 2010 by  
Filed under Islam

Islam-Devil-Crusade1

Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.

Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam. Read more

Kebenaran Islam & Keajaiban Al-Quran

February 6, 2010 by  
Filed under Islam

Kajian seorang cendekiawan Islam daripada Ikhwanul Muslim, Dr Tariq Al-Suwaidan mendapati beberapa keajaiban statistik dalam Al Quran. Secara ringkasnya kajian tersebut menunjukkan:

Dr Tariq Al-Suwaidan

Dr Tariq Al-Suwaidan

Perkataan/Maksud Disebut dalam Al Quran

Al-Dunya / Al-Akhirah = 115 / 115
Al-Malaikah / Al_Syateen = 88 / 88
Al-Hayat / Al-Maut = 145 / 145
Al-Rajul (Lelaki) / Al-Mara (Perempuan) = 24 / 24 Read more

Muhammad In The Bible – Ahmed Deedat

January 22, 2010 by  
Filed under Islam

hqdefault Video ini adalah sedutan Ahmad Deedat membicarakan tentang Nabi Muhammad di dalam bible. Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut di sini, anda boleh menonton sendiri video tersebut di bawah ini. Semoga memberi manfaat kepada kita semua dan menambahkan keyakinan dan keimanan kita terhadap Islam. Insya Allah.

Siapakah Ahmed Deedat?
Inilah seorang hamba Allah yang telah berdepan secara langsung dengan para ahli teologi Kristian pada satu ketika dulu ( sehingga awal 90-an). Jimmy Sawggart, Dr. Anees Shoroos, Prof Floyd, dan ramai lagi adalah nama-nama ahli teologi Kristian yg pernah kecut perut bila berdebat dgn beliau dalam mengupas dan membandingkan asas agama Kristian dan Islam.

Bibir Amirul Koyak, Dakwa Dibelasah Polis

January 2, 2010 by  
Filed under General

ahmadamirulSaya terpaksa menerima 22 jahitan apabila dua bahagian pada bibir mulut saya terkoyak kerana dibaling dengan kayu dan kerusi oleh polis yang membuat sekatan jalan raya pada 25 Disember lalu.”

Itu dakwaan Ahmad Amirul Hafizi Mohd. Rozalan, 17, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pantai Batu Burok berhampiran Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu itu, kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum kejadian, dia sudah ditahan sekali oleh polis yang membuat sekatan di Chabang Tiga dekat sini kerana nombor plat di bahagian depan motosikalnya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Read more

Rosmah tidak risau dengan tuduhan liar

December 18, 2009 by  
Filed under Rosmah

rmSINGAPURA: Datin Seri Rosmah Mansor berkata beliau tidak risau dengan begitu banyak tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak yang bersikap memusuhi beliau.

Rosmah berkata sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

“Saya tidak punya masa untuk melayan mereka,” katanya kepada media Malaysia di sidang akhbar di sini hari ini bila ditanya tentang perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan diri beliau.

Rosmah berkata beliau, malahan suaminya juga, tidak terjejas tumpuan atau terlalu mengambil kisah oleh dakwaan itu oleh kerana mereka fokus dalam kerja.

Rosmah berkata bila beliau bertemu dengan isteri-isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang. Read more

PAS tidak gadai prinsip perjuangan – Haji Hadi

November 1, 2009 by  
Filed under Haji Hadi

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

KOTA BHARU, 1 Nov: PAS tidak pernah mengadaikan prinsip perjuangan biar pun berkawan dengan DAP dalam gabungan Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ia berbeza jauh berbanding cara Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam gabungan Barisan Nasional (BN).

“Kita berkawan dengan DAP dalam Pakatan Rakyat bagi sama-sama menentang kezaliman yang berlaku dalam negara dan sama-sama berusaha menegakkan keadilan untuk rakyat,” kata Abdul Hadi.

“Sedangkan Umno berkawan dengan parti-parti bukan Melayu dalam komponen BN sehingga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan asal mereka,” kata Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada ceramah sempena ulangtahun Pasti ke-25 di Dataran Warisan, perkarangan Stadium Sultan Mohammad ke-IV di sini, malam semalam.

Sebelum ini beberapa pemimpin Umno mendakwa PAS mengikut telunjuk DAP dalam Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengadai prinsip perjuangan asal parti itu. Read more