Najib Akan Disiasat Oleh Polis Perancis?

_39709683_ap_najib203Isu pembunuhan Altantuya Shariibuu dan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scopene terus menghantui Perdana Menteri dengan pihak berkuasa Perancis berkemungkinan memanggil beliau untuk memberi keterangan.

Sumber-sumber mengesahkan sebuah laporan polis akan dibuat di Paris tidak lama lagi bagi menyiasat tuduhan RM540 juta dibayar kepada syarikat kroni Datuk Seri Najib Razak ( gambar ) oleh sebuah syarikat Perancis untuk pembelian kapal selam itu.

Ini berikutan keengganan pihak berkuasa Malaysia, termasuk polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak telus menyiasat dakwaan itu walaupun pelbagai bukti di ketengahkan sejak beberapa tahun lalu, ketika Najib masih Menteri Pertahanan.

Read the rest of this entry »

Ahmad Said pun bisnes juga

ahmadsaidhamda1Keputusan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan (gambar,kanan) untuk meletakkan jawatan pada 31 Disember 2009, lebih awal dari tamat tempuhnya pada 25 Mei 2010 mencetuskan lebih banyak persoalan.

Ahmad Said, ketika mengumumkan persaraan beliau, berkata “Adalah lebih baik saya meletak jawatan pada penghujung tahun dari pertengahan tahun bagi memudahkan pengganti saya, Abdu Kassim Mohamed merangka perancangan sepanjang tahun.”

Tetapi Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam (gambar,kiri), ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today memberitahu ini hanya helah beliau sahaja.

Sebenarnya, kata beliau, Ahmad Said mendapat projek menyediakan peralatan pejabat, topi, songkok dan barang-barang cenderahati untuk kegunaan 1,000 anggota SPRM menerusi rundingan terus dari Perbendaharaan.

Projek ini bernilai di antara RM6 hingga RM7 juta dan barang-barang ini disediakan oleh syarikat Kraftangan Mariwasa kepada pelanggan (SPRM) menerusi Bina Yakin Enterprise.

Read the rest of this entry »

Angkatan Pemuda Pakatan Rakyat Serah Rakaman P. Bala ke SPRM

bala-altantuya-najib-razakAngkatan Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan rakaman temuramah penyiasat kontroversi, P Balasubramaniam ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Putrajaya petang tadi.

Ketika dihubungi TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohamad Akin berkata rakaman temubual ini adalah bukti jelas hubungan rapat Perdana Menteri Najib Abdul Razak dan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

“Di dalam CD tersebut ada lebih kurang tujuh perkara yang telah diberikan fokus,dimana tujuh perkara itu telah saya simpulkan dan jadikan ia sebagai satu laporan rasmi terhadap SPRM.Antara yang penting ialah kita minta SPRM menyiasat terdapat usaha daripada pihak dato najib sendiri melalui agen agennya menawarkan wang sejumlah 5juta ringgit bagi mendorong balasubramaniam menarik balik akuan sumpah betarikh 1julai 2008”,kata Shamsul.

Read the rest of this entry »

Menantu Nik Aziz, CEO PMBK letak jawatan

Abdul Ariffahmi Abd RahmanMenantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.

Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.

Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

Read the rest of this entry »

‘Saya tahu dalang pemecatan saya’

syed azidiEkoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) baru-baru ini, seorang pegawainya dipecat serta merta semalam.

Pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz (foto) ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan perkara itu.

Beliau bagaimanapun menafikan pemecatannya semalam ekoran tindakannya membuat laporan terhadap SPRM berhubung dakwaaan penyelewengan yang beredar di blog-blog.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PMBK, Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – yang juga menantu kepada menteri besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat – sebelum ini dituduh melakukan pecah amanah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Syed Azidi juga menafikan memberi maklumat dalaman kepada ADUN Neggiri Mohd Yusoff Ab Ghani daripada BN berhubung dakwaan penyelewengan tersebut.

Read the rest of this entry »

Koroner benar mayat Teoh digali semula

Mahkamah koroner Shah Alam membenarkan mayat mendiang Teoh Beng Hock, yang telah dikebumikan lebih tiga bulan lalu, digali semula bagi membolehkan bedah siasat kedua dijalankan.

Koroner Azmil Muntapha Abas juga memerintahkan supaya bedah siasat kedua itu dikendalikan oleh seorang pegawai perubatan dengan kehadiran empat pakar forensik lain iaitu Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand dan seorang lagi yang akan dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Read the rest of this entry »

Aduan SPRM terhadap salahguna kereta SUK Pahang

Dewan Pemuda PAS (DPP) Pahang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyalahgunaan kenderaan milik kerajaan negeri itu, seperti yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Aduan tersebut dibuat oleh Naib Ketua DPP Pahang, Abdullah Abdul Karim di pejabat SPRM Temerloh – yang mengendalikan aduan di bahagian Pahang Barat – kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurut Abdullah, laporan itu dibuat kerana semakan pihaknya mendapati terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam penggunaan kenderaan kerajaan negeri.

Read the rest of this entry »

Pakar: 80% Teoh dibunuh!

ISeorang pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand membuat pendedahan yang mengejutkan dalam inkeus kematian Teoh Beng Hock pagi ini dengan menyatakan bahawa setiausaha politik itu mungkin telah dicekik sebelum jatuh dari tingkat 14 Plaza Masalam.

Katanya, terdapat tanda bulat pada leher Teoh yang menunjukkan dia ‘dicekik’.

Menurutnya lagi, retakan pada tengkorak Teoh bukan satu kecederaan akibat terjatuh.

Manakala kecederaan pada lubang dubur Teoh, katanya, boleh disebabkan dicucuk dengan objek sebelum dia jatuh.

Read the rest of this entry »

Skandal PPSB: Dakwaan rasuah kapal pengeruk pula

bangunan ppsbKUALA LUMPUR, 20 Okt: Pekerja bawahan Penang Port Sdn. Bhd. mendakwa lagi majikan mereka mengamalkan rasuah dan penyelewengan dalam pembelian kapal pengeruk laut hari ini.

Dakwaan tersebut dibuat setelah mendapati kes kehilangan diesel bernilai RM1.2 seperti yang didedahkan semalam, masih mendapat reaksi sambil lewa majikan mereka.

Salah seorang daripada pekerja terbabit yang dihubungi Harakahdaily petang tadi mendakwa majikannya masih belum serius mendesak Audit Dalamannya dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), walaupun pendedahan telahpun dibuat.

Namun, beberapa pekerja yang disyaki mendedahkan penyelewengan tersebut telah pun dipanggil secara tidak rasmi oleh majikan.

Read the rest of this entry »

Siapa Yang Sakit Jiwa Sebenarnya?

Teoh Beng Hock family

Bernama melaporkan nggota keluarga mendiang Teoh Beng Hock membuat keputusan untuk menunda temubual psikiatri yang dijadualkan hari ini berikutan peguam keluarga itu tidak dibenarkan turut sama menemani mereka dalam sesi rawatan itu.

Peguam yang mewakili keluarga mendiang, Lim Lip Eng berkata rawatan yang sepatutnya dilakukan di Hospital Selayang pada pukul 11 pagi tadi, bagaimanapun terpaksa ditunda ekoran pihak hospital enggan membenarkan beliau turut serta menemani keluarga mendiang Teoh.

“Saya tidak dibenarkan untuk menemani keluarga ini semasa rawatan, jadi pihak keluarga telah memutuskan untuk menunda rawatan itu pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini.

Read the rest of this entry »