Kedekut undang 7 keburukan
KEDEKUT menggambarkan sikap seseorang yang berat hati untuk membelanjakan harta milikinya sama ada bersedekah, zakat atau membantu mereka yang memerlukan.
Sikap itu bertentangan dengan tuntutan Islam. Firma Allah yang bermaksud: “Dan bertolong-tolonglah kamu dalam berbuat kebajikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Maidah ayat 2)
Rasulullah s.a.w bersabda: “Takutilah kamu akan bakhil, kerana bakhil itu pernah membinasakan orang dahulu daripada kamu sehingga mereka suka mengalirkan darah sesama sendiri dan menghalalkan yang diharamkan ke atas mereka.” Read more
Tabiat Makan
June 10, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah
Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Memang mudah melakar impian, tetapi mungkin sukar untuk menterjemahkannya mengikut hakikat. Namun, biar apapun kemungkinan yang bakal berlaku, kita sebagai umat Islam perlu sedaya upaya menguatkan semangat agar apa yang dicitakan tercapai. Sejajar dengan itu, seharusnya amalan pemakanan seharian kita perlu diubah agar dapat meningkatkan taraf kesihatan dengan pemakanan yang sihat berteraskan faham halalan tayyiban.
Mungkin runtunan nafsu terhadap makanan yang tidak berkhasiat menjadi penghalang kerana ia telah menjadi tabiat kita tetapi jika kita memiliki keazaman untuk mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang, ia mungkin dapat diatasi. Jika sebelum ini, kita seorang hamba Allah yang tidak pernah mengambil berat tentang sumber makanan yang menjadi darah daging kita, anjakkanlah sikap kita agar dapat berubah kepada gaya pemakanan dan hidup yang sihat serta menekankan kepentingan pengambilan makanan yang memberi kesan yang mendalam sama ada jasmani mahupun rohani. Read more






















