Khalid Samad: Pengalaman di Bagan Pinang
Sudah agak lama saya tidak update blog ini disebabkan kesibukan selepas selesai bertugas di Bagan Pinang. Setelah berada di Bagan Pinang selama 5 hari, saya kembali ke Shah Alam pada 10 Oktober dan seterusnya menghadiri beberapa majlis Hari Raya, Walimah dan juga Deepavali. Pada keesokkan harinya saya bersama YB Yaakaob menganjurkan Majlis Hari Raya di Seksyen 9 dan kemudiannya bersama YB Rodziah menganjurkan majlis Hari Raya di Seksyen 16 pada hari yang sama. Pada malam itu jug telah diadakan ceramah di Seksyen 20.
Di antara 12 dan 13 Oktober pula, saya menghadiri perbahasan Sesi Bajet Kerajaan Negeri Selangor yang dianjurkan di Shah Alam Convention Centre. Pada 15 Oktober pula saya telah menghadiri Seminar SelCARE iaitu Konvensyen berhubung ‘Alternative and Renewable Energy’ dan seterusnya menghadiri pula bermacam-macam majlis Hari Raya dan Deepavali yang dianjurkan pada masa yang sama. Sempat juga memberi tazkirah dan khutbah di Masjid Seksyen 26, berceramah di Batu Kurau, Larut dan menghadiri sesi dialog di Kajang. Read more
Khabar Peristiwa Exco Menumbuk Tetamu Adalah Satu Pembohongan
Khabar angin ini telah disebarkan oleh blog Tinta Merah kepunyaan Suyuti Omar. Kononnya sewaktu Rumah Terbuka PAS Pusat minggu lepas, berlaku peristiwa seorang exco kerajaan negeri telah menumbuk salah seorang tetamu yang menghadziri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya AidilFitri PAS Pusat di Taman Melewar minggu lepas.
Suyuti berkata peristiwa ini dikhabarkan kepada beliau oleh salah seorang ahli PAS yang turut menghadziri majlis tersebut. Beliau berkata ahli PAS tersebut menyaksikan peristiwa itu berlaku. Beliau juga berkata Salahuddin Ayub menelepon beliau tengah malam buta untuk mendapat maklumat tersebut. Dan beliau berkata Mahfuz Omar mengetahui exco mana yang menumbuk itu. Read more
Sekolah beli pokok 880% lebih mahal
Kementerian Pelajaran membelanjakan hampir RM60,000 untuk kerja membekal, menanam dan penyelenggaran taman sebuah sekolah di Pasir Puteh, Kelantan kerana membayar harga pokok-pokok yang terlalu mahal, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008.
Laporan tersebut yang dibentangkan di Parlimen Isnin lalu, mendedahkan bahawa kementerian telah membeli pokok dan tanaman senitaman bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Putih, Kelantan dari pembekal tempatan secara pembelian terus.
Menurut laporan tersebut, kementerian berkenaan, sebagai contohnya, telah membayar sehingga RM4,550 bagi 13 pokok kemboja dan RM9,000 bagi 12 pokok pinang merah. Read more
Selangor Tingkatkan Langkah Keselamatan Tarik Pelabur Asing
October 19, 2009 by wizvax
Filed under Khalid Ibrahim
Kerajaan negeri Selangor akan mempertingkatkan lagi langkah kawalan keselamatan di sekitar negeri itu bagi menarik lebih ramai lagi pelabur dari luar untuk melabur di negeri ini.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mempertingkatkan langkah keselamatan tersebut dengan memperkasakannya melalui belanjawan 2010.
“Saya juga telah menerima banyak cadangan dan juga pemerhatian mereka antara yang dinyatakan ialah mengenai isu keselamatan di negeri Selangor.
“Saya telah membuat kenyataan dalam belanjawan 2010, kita telah mengumumkan beberapa peruntukan supaya kita dapat menumpukan usaha mengurangkan keadaan pencurian dan beberapa perkara yang berlaku yang memberi kesan terhadap keselamatan dapat dikurangkan,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid berkata kerajaan negeri melihat beberapa cadangan yang diterima supaya mengadakan perhubungan dua hala antara negeri-negeri Selangor dengan negara-negara yang menguruskan pelaburan di negeri Selangor. Read more





















