Tiru perbuatan orang kafir, fasik haram
HUKUM asal bagi perhiasan sama ada yang berada pada tubuh badan, pakaian atau tempat tinggal adalah halal dan dibenarkan. Ini berdasarkan dalil yang menyatakan tentang nikmat kurniaan Allah kepada hamba-Nya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu apa yang ada di bumi kesemuanya.” (Surah al-Baqarah, ayat 29)
Salah satu contoh perhiasan yang diamalkan ialah menindik anggota badan dengan meletakkan barang perhiasan, sama ada berbentuk emas, perak dan berlian. Amalan bertindik menjadi kecenderungan remaja masa kini.
Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dulu mengenali amalan bertindik hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai bertindik di bahagian selain telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ia sudah mula melarat kepada golongan lelaki. Read more
Air Mizam Penawar Kencing Manis & Penyakit Kronik
December 14, 2010 by wizvax
Filed under Fadzilah Kamsah, Haron Din, Islam, Ismail Kamus, Local News
Air Mizam merupakan satu produk dari Mizam World Resources sebuah syarikat yang ditubuhkan pada Mei 2010 beroperasi di Marang, Terengganu dan menjalankan perniagaan dengan plan pemasaran trading.
Mizam World Resources menawarkan satu produk yang unik yang mana hasil sumbernya merupakan Kombinasi Khazanah Alam Ciptaan Ilahi yang telah wujud beribu tahun dahulu untuk manfaat kita bersama. Sumber asli ini telah diguna dalam perubatan Islam sejak sekian lama. Hari ini pihak MWR telah menterjemahkan semula dalam masyarakat moden agar menjadi salah satu keperluan utama masyarakat hari ini dalam menyelesaikan permasalahan kesihatan di zaman moden ini.
Air Mizam merupakan kombinasi di antara Air Zam-zam, Mineral Kristal Putih & Amber. Elemen-elemen semulajadi ini sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Read more
Adab Berpuasa dan Solat Tarawih

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut. Antara yang terpenting adalah:
1. Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengannya;
2. Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan yang sia-sia;
3. Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih. Read more
Logiknya Solat dalam Sudut Pandangan Sains

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Read more






















