Advertise Here

Kejar Keberkatan Rezeki Halal

January 26, 2011 by  
Filed under Islam

Oleh Ustaz Zawawi Yusoh

ALLAH menjamin rezeki makhluknya. “Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).

Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari.

Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya. Read more

Judi Gadai Akidah, Jejas Keharmonian Masyarakat

December 15, 2010 by  
Filed under Islam

Pertaruhan, tikam ekor perlu dibanteras secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah

BERJUDI adalah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi atau al-maisir ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang pertaruhan akan mendapat hasil berlipat kali ganda.

Perjudian amnya dimainkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya menggunakan dadu dan daun terup, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot atau nombor ekor. Lebih canggih lagi, mutakhir ini berjudi turut boleh dilaksana dengan mudah melalui internet. Read more