Pemimpin wajib lunas amanah rakyat
TUGAS pemimpin politik bukan mudah kerana setiap amanah yang digalas adalah tanggungjawab perlu dilunaskan sebaik mungkin demi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Dalam mencapai tujuan murni itu, semua tindakan diambil perlu dinilai sedalam mungkin berlandaskan prinsip menepati janji, bersikap jujur, adil dan saksama.
Peranan politik yang dimainkan pemimpin tidak terhad kepada tugas dalam negara kerana mereka turut dilihat pemimpin lain di peringkat antarabangsa dan apa juga tindakan dilakukan bakal memberi impak kepada kebajikan rakyat serta negara keseluruhannya. Read more
4 Sebab Sembunyi Lailatul Qadar

Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan. Read more
Media Control & Kisah 12 Wirawan Negara
June 6, 2010 by wizvax
Filed under Islam, Local News

Begitulah resam orang berjuang, tidak kenal erti sakit, tidak kenal apa itu luka, tidak kenal apakah itu darah, yang hanya mereka kenal ialah syahid. Inilah kata-kata yang dapat disimpulkan ketika mendengar 6 dari 12 orang aktivis kemanusian LL4G (Life Line For Gaza) berkongsi kisah suka dan duka mereka ketika kapal MV Mavi Marmara mereka dan sebilangan yang lain diserang oleh tentera komando rejim Israel pada awal Jun 2010 menuju ke Gaza untuk menyampaikan sumbangan kemanusiaan.
Melihat senyuman mereka, memberi tiupan semangat kepada kami untuk bersama turut serta dalam misi keamanan mereka untuk Gaza. Suatu usaha yang memang tidak boleh dipatahkan oleh musuh apabila penerajunya hanya menunggu syahid sebagai pengakhiran kehidupan di dunia ini. Apabila ditanya, “Bagaimana keadaan anda ketika dipijak dan ditembak oleh peluru getah tepat di anggota badan anda oleh rejim Israel?” Jawapan mereka, “Sikit pun kami tidak takut ketika dengar bunyi dentuman bertalu-talu Israel dari arah belakang kapal kami, dan ketika kapal kami diceroboh dan kami disepak terajang serta diikat tangan, kami tidak merasa walaupun sedikit kesakitan, inilah kuasa Allah”. MasyaAllah… sungguh kuasa Allah itu, tiada siapa yang boleh menandingi. Read more





















