Cerita di sebalik tabir BTN
Dec 3, 2009 General
‘Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika’.
Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.
Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu.
“Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik,” tambahnya.
Read the rest of this entry »
Tags: Bangsa Melayu, Bekas, Btn, datuk seri anwar ibrahim, Hadir, katanya, mahu, Mat Rempit, Meriam, Palestin, parti politik, Patriotik, Pelajar Universiti Malaya, pembangkang, Perang, Ridzuan, seri anwar ibrahim, Tabir, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nik Aziz Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Nov 19, 2009 TGNA
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdullah Bin Abdul Aziz, Al Saud, Ali Khamenei, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohammad, Hassan Nasrallah, Ikhwanul Muslimin, Mampu, Masjid Al Azhar, Mohammad Mahdi, Nama Tokoh Islam, Osman Bakar, Prof Emeritus, Syed Hassan, tun dr mahathir, Tun Dr Mahathir Mohammad, Universitas Al Azhar, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, Yusuf Al Qaradawi


