100 Ribu Rakyat Kelantan Solat Hajat 28 Jan Ini
Jan 23, 2010 Kelantan
Kira-kira 100,000 rakyat Kelantan akan berhimpun dan menunaikan solat hajat di Stadium Sultan Mohammad ke IV di sini bagi menuntut royalti minyak pada Khamis, 28 Januari ini.
Perhimpunan raksasa itu di adakan ekoran kedegilan kerajaan pusat membayar royalti minyak seperti termaktub dalam Akta Petroleum 1974, demikian menurut penganjur, Dr Abdul Halim Yusoff yang juga Pengerusi Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar).
Program itu melibatkan penyertaan parti-parti politik termasuk MCA, MIC, Umno, Gerakan, KEADILAN, DAP dan PAS. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan para pemimpin lain dari Pakatan Rakyat dijangka hadir.
Mereka akan mendengar penerangan yang akan disampaikan oleh pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Ahli Parlimen Gua Musang dan juga bekas menteri kewangan itu dijangka menjelaskan isu-isu berkaitan Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdul Halim, ahli parlimen, datuk seri anwar ibrahim, gua musang, kerajaan pusat, menteri kewangan, najib razak, negeri kelantan, parti politik, pembangkang, Pensyarah, Perangkaan, perdana menteri, royalti, seri anwar ibrahim, setiausaha, Solat Hajat, Sultan Mohammad, tengku razaleigh hamzah, Universiti Malaya
Nik Aziz Tersenarai Top 50 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia
Nov 19, 2009 TGNA
The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.
Para tokoh Muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.
“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 katagori, antara lain katagori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai katagori muslim radikal.
Nama tokoh Islam dari Malaysia yang tersenarai ialah Mursyidul Am PAS, TG Nik Abd Aziz Nik Mat yang menduduki tangga ke 42 dari keseluruhan 500 Muslim Yang Berpengaruh.
Tokoh Muslim dunia lainnya yang masuk dalam daftar 50 tokoh peringkat teratas dimulai dengan, Raja Saudi, Abdullah bin Abdul Aziz Al Saud; pemimpin spritual Iran, Syed Ali Khamenei; PM Turki Recep Tayyib Erdogan; Imam Besar Masjid Al-Azhar dan Pimpinan Universitas Al-Azhar, Kairo, Dr Muhammad Sayyid Tantawi; Syaikh Yusuf Al-Qaradawi; Pimpinan Ikhwanul Muslimin Mesir Syaikh Mohammad Mahdi Akef, Sekjen Hizbullah, Syed Hassan Nasrallah dan Pimpinan Hamas, Khaleed Mishal.
Read the rest of this entry »
Tags: Abdullah Bin Abdul Aziz, Al Saud, Ali Khamenei, Anwar Ibrahim, Dr Mahathir Mohammad, Hassan Nasrallah, Ikhwanul Muslimin, Mampu, Masjid Al Azhar, Mohammad Mahdi, Nama Tokoh Islam, Osman Bakar, Prof Emeritus, Syed Hassan, tun dr mahathir, Tun Dr Mahathir Mohammad, Universitas Al Azhar, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Malaya, Yusuf Al Qaradawi


