MB: Bukan buaya, haiwan gigit pengunjung PD
Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban hari ini.
Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.
Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi. Read more
Stormreaders Network, MLM 100% Berteraskan Syariah
Stormreaders Network adalah sebuah syarikat berdaftar dan berlesen yang menjalankan perniagaan secara “Network” atau “Rangkaian” dan menggunakan medium internet sebagai platform di mana pendaftaran ahli, jual beli produk dan pembayaran bonus kepada ahli adalah dijalankan secara online.
Stormreaders Network merupakan sebuah perniagaan MLM yang 100% menurut syariah dengan produk utama, buku-buku ilmiah dan himpunan doa & zikir oleh ikon-ikon Telaga Biru Sdn Bhd. termasuk Dato Dr Fadzilah Kamsah, Dato Ustazah Nor Bahyah, Irfan Khairi, Ustaz Zahzan, Ustaz Zaharuddin, Dato Ismail Kamus dan ramai lagi. Read more





















