Advertise Here

Judi Gadai Akidah, Jejas Keharmonian Masyarakat

December 15, 2010 by  
Filed under Islam

Pertaruhan, tikam ekor perlu dibanteras secara menyeluruh demi kesejahteraan ummah

BERJUDI adalah satu jalan singkat yang salah untuk mengejar kekayaan dan wang ringgit. Judi atau al-maisir ditafsirkan sebagai suatu bentuk permainan beradu nasib yang menggunakan wang atau harta benda sebagai taruhan dan pemenang pertaruhan akan mendapat hasil berlipat kali ganda.

Perjudian amnya dimainkan dalam pelbagai bentuk. Antaranya menggunakan dadu dan daun terup, tikam, loteri, pertaruhan permainan sukan, mesin slot atau nombor ekor. Lebih canggih lagi, mutakhir ini berjudi turut boleh dilaksana dengan mudah melalui internet. Read more

Doa malaikat, pahala besar buat jemaah bersolat di saf depan

May 4, 2010 by  
Filed under General, Islam

0Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.

Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.

Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama. Read more

Piala Monsun: Terengganu bazir RM2.4 bilion

December 7, 2009 by  
Filed under Terengganu

Oleh FARADIZA

Monsoon Cup 2010Kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said membazir sebanyak RM2.4 bilion wang rakyat dengan menganjurkan Piala Monsun yang sedang berlangsung ketika ini.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Rosli Abdullah mendedahkan bahawa dengan perbelanjaan sebanyak RM300 juta setahun maka jumlah untuk tempuh lapan tahun kontrak penganjuran bermakna RM2.4 bilion yang dipercayai wang ehsan hasil petrol, hangus.

Beliau berkata, “dengan jumlah tersebut kerajaan negeri boleh membina 80,000 unit rumah kos rendah dengan harga RM30,000 sebuah untuk rakyat Terengganu. Read more